Ads

Sunday, August 10, 2008

Gendang bertingkah di Tugu Negara

Tak tau mana nak beriadhah pada hujung minggu? Jom ke Tugu Negara. Setiap Ahad dari jam 6.00 petang hingga 9.00 malam, akan ada sekumpulan anak muda 'jamming' berbagai jenis gendang dan percussion seperti bonggo, tabla dan sebagainya. Tiada bayaran dikenakan dan sesiapa juga boleh menyertai atau menonton persembahan mereka.
Saya dan keluarga telah beberapa kali ke sana. Kali pertama tengok-tengok saja, kali ke dua ke tiga-tiga anak saya tumpang main. Kali ke tiga Ayan membawa sahabat baiknya yang memang pemain percussion untuk kumpulan nasyid mereka serta membawa peralatan sendiri.

Gambar atas - Shahril, Ayan dan Da'i sedang menunjukkan kehebatan bermain gendang. Dua minggu selepas permainan pertama, anak-anak ini telah dijemput mengadakan persembahan di KL tapi malangnya suami saya terpaksa 'out station' jadi lain kalilah nampaknya...

Tempat tersebut berdekatan dengan tempat meletak kereta, gerai jualan dan surau. Jadi takde masalah untuk solat maghrib dan kemudian meneruskan persembahan. Di situ juga adalah tempat pertemuan pemain-pemain gendang yang terkenal dan kadangkala di jemput mengadakan persembahan dengan atau tanpa bayaran. Yang pasti, mereka bermain kerana minat dan bakat. Jadi dari professional ke pelajar-pelajar, mereka boleh bermain di situ.

Lihatlah mereka bermain - tanpa mengira bangsa dan keturunan. Cuma kami tidaklah dapat turun setiap minggu kerana dari Klang ke Tugu Negara, Kuala Lumpur bukannya dekat... petrol dan tol hampir RM30. Makan minum lagi.. syekali-syekali bolehlah kan...


Bagus rasanya dapat tengok anak-anak berkumpul sambil bermain alat muzik. Enjoy dapat, ilmu pun dapat. Dalam gambar di atas, orang yang berdiri rambut panjang tukan, dia main muzik dalam Akademi Nasyid TV9, dan yang berdiri tepi kanan tu adalah Syam DJ HitsFM..

Seterusnya, silalah klik video di bawah untuk menyaksikan persembahan mereka. Adios!!



Saturday, August 9, 2008

Abahku masuk hospital

Jam 5.15 pagi - aku dikejutkan dengan sms berbunyi 'abah sakit dada, sekarang di icu doktor tengah cek...' dari acik. Agak terkejut tapi memang dah tau abah sakit dada sejak beberapa hari lepas.
Jam 7.15 pagi - terima sms lagi mengatakan abah kena masuk wad, tapi acik kata abah ok. Aku janji dengan acik akan pergi ke hospital tengahari nanti. Kemudian, aku terus sms pakcik - makcik dan wak yang rapat untuk beritahu tentang abah.
Aku syak mesti abah bising sebab dia tak pernah masuk hospital. Alhamdulillah sangat-sangat walaupun dia dah berumur 68 tahun, tapi tak de sakit diabetes atau darah tinggi seperti sedara yang lain. Dan ini kali ke dua seumur hidupnya kena masuk sepital. Kali pertama dulu sebab dia batuk teruk sebaik pulang dari menunaikan haji. Dia masuk sjmc dengan mak sekali. Kalau tak silap dekat seminggu juga.. Nak tau, dia punya marah sebab aku masukkan dia ke wad. Sampai aje kat bilik, dia 'halau' aku balik rumah!
Jam 10.00 pagi - masakkan bubur nasi untuk abah dan sambal sardin. Itulah yang akan dia makan kalau dia tak sihat, dan itulah yang dia suap kat anak-anak dia kalau anak dia demam.
Jam 11.30 pagi - bawa mak pergi tengok pengantin ( kira saudara jugaklah). Aku tengok mak ok je, sampailah dia jumpa nyai. Aku tengok mata dia merah sewaktu mak ajak mak dia tu pergi hospital. (Mak aku ni jenis susah nangis). Kemudian adik aku no 5, Ijam, call pulak masa tu. Nampak sangat she is trying her best not to cry. Aku dah tak tentu arah.. Mak aku jenis relax and cool je.. abah pulak yang jenis cepat panik! (tu la sebab jadi suami isteri kut.. serasi!!)
Jam 1.20 tgh - aku dan keluarga serta mak tiba dihospital. Alhamdulillah dia nampak ceria walaupun dia masih terasa sakit. Anak cucu mengerumuni dan bertanya khabar. Doktor kata tiada masalah jantung, cuma mungkin otot saja. Doktor suruh dia rehat. Lega...
Berikut ni gambar abah atas katil, sedang melayan keluarga yang mengunjunginya..
Ni pulak gambar kami adik beradik, 4 dari 8 beradik. Kiri tu Ain, no 7, sebelah dia Nana, no 8, aku, no 1 dan Lina, no 4. Acik no 2 dan Imi, no 6 dah balik rumah sedang berehat sebab semalaman tak tidur bawa abah ke hospital. Thanks acik dan Imi!!
Nor, adik no 3 dan Ijam, no 5 ada kat situ tapi muka tak masuk dalam gambar.. Anak-anak dan suami pun ada, jadi bayangkan betapa riuh rendahnya tempat tu.. Yang lebih menggembirakan abah dibenarkan pulang keesokkan harinya.
Ni gambar abah tengah rewang di surau sempena sambutan Isra Mikraj surau kami. Masa tu memang dah sakit tapi semangat nak rewang terlalu kuat. Abah memang biasa jadi tukang masak nasi time-time macam ni... Malamnya terus masuk hospital..

Keseluruhan episod di atas, menyebabkan aku teringin sangat nak peluk dan bermanja dengan abah tapi tak reti. Sebab abah macam juga sesetengah bapa tradisional lain yang tak biasa sentuh dan pegang anak dari kecil. Dah besar lagilah... Abah memang sangat penyayang dan tak garang sangat. Kalau kami sakit dialah yang lebih rajin jaga kami dari emak.

Tapi bila dah besar panjang dan bersuami, aku rasa semakin jauh dengan abah. Serasa akulah, kali terakhir abah pegang tangan aku masa aku umur 12 tahun. Masa tu kami berdua ke bandar sebab nak buat kad pengenalan. Abah pegang tangan masa nak melintas jalan.
Selain dari tu, kami cuma salam dan cium tangan sajelah... terlalu formal..
Sejak raya tahun lepas, aku mula cium pipi dia masa minta maaf raya. Dan semalam aku cium pipinya dan peluk bahunya masa jumpa di hospital. Aku buangkan perasaan malu jauh-jauh. Aku perasan abah pun macam terkejut, tapi abah membiarkan saja. Semasa aku nak balik abah menepuk-nepuk bahuku.. Ya Allah sukanya aku!
Aku tak mau menyesal kemudian hari sebab tak tunjukkan sayang aku pada orang yang terlalu banyak berjasa dari aku lahir sampai hari ini. Kini sayang itu mengalir ke diri setiap anak ku pula. Terpancar kasihnya setiap kali memandang kami. Dan aku mau dia tahu bahawa aku sangat menyayanginya, walaupun aku tahu dalam hatinya dia tahu...
Walaupun kami tinggal berdekatan, belum puas rasanya menatap wajahnya. Syndrome 'take things for granted' terlalu tebal. Mentang-mentang dia sihat, boleh bergerak ke sana sini sendiri..
Dulu abah pernah bekerja sebagai penoreh getah dan kemudian menjadi pengawal keselamatan stor JKR sehingga bersara. Kini abah cuma berehat dan beribadat sepenuh masa. Abah juga jadi imam di surau kami. Alhamdulillah, aku rasa amat besar nikmat Allah tatkala berjamaah di surau dengan berimamkan abah dan berjamaah di sebelah emak. Syahdunya masyaAllah..


Ya Allah, panjangkanlah masa untuk aku menunjukkan kasih sayangku pada abah. Kau sihatkanlah dia dan panjangkanlah umurnya. Amin

Saturday, August 2, 2008

Syiann abah... (photographed by Ayan)

Kisah yang berlaku setiap bulan, selepas abahnya dapat gaji. Saat yang paling ditunggu-tunggu olah sianak dan isteri. Biasanya masa nilah abahnya ajak ke Giant untuk membeli stok bulanan barang dapur atau keperluan anak yang telah dijanjikan "nanti ganti abah belikan ya!!"

Ni kira one of the happiest day in the month. Although we plan to save cost.. but normally on that day abah will close one eye la... Look here, ibu feels like having garlic bread and hashbrowns for breakfast. Ok, since abah also like western style, why not!


Look at the trolly, half full but still many places not covered. And Faris still looking for his favorite food... Abah's head already thinking how much will we spend for the goods..

Oh if you wanna new brand fruit jam, make sure there is 'halal' ha. Look for the sign ok. We used to like peanut butter, tapi la ni dah jemu.. Apa lagi lah yang bini aku nak ni. Hish, tak sudah-sudah. Still not enough ha.. oklah buy la buy la..
Still got space here, cepat isi lagi isi lagi!!
Now is the auditing time, he will take out those thing pelik-pelik from the trolly which is not in the list. But most of the time, abah will cincai-cincai one la.. Can you see the "kicap bilal" there are about 6 bottles specially for Faris. No kicap no makan for him.
Abah's face getting serious. Mana taknya.. pilih barang ramai-ramai... bayar sorang-sorang, habih camno Farah helps tying the bags, smiling face cause she already got what she wanted yeh yeh
Abah makin berkedut dahi as the price on screen getting higher and higher... syiann
Ok guys, this month's purchase is RM531.20 . Senyum pahit ya abahnya! Apa taknya.. lepas ni nak pergi makan pulak... tak apalah asalkan kita bahagia..


Anyway, thanks abah. You are the greatest father and hubby in the world. We are always number one, in your heart and in your soul. May Allah grant you with imaan and good health. Aminn





Wednesday, July 16, 2008

Pengalaman yang tak ingin ku lalui lagi






Jodohku hanya bertahan tiga bulan sahaja. Ketika kami berpisah, aku baru disahkan mengandung bulan ke dua. Berat rasanya menanggung derita alahan mengandung di samping meratapi ketiadaan suami secara tiba-tiba di saat aku amat memerlukan perhatian dan kasih sayang. Itu belum lagi pandangan serong masyarakat terhadapku dan tekanan diterima oleh ibubapaku yang baru menerima menantu pertama. Oh.. tak tertanggung rasanya..

Sepanjang bulan-bulan berikutnya, aku berjuang bersendirian, mencari rezeki buat mengumpul perbelanjaan bersalin. Ketika perut semakin membesar, aku terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung perbelanjaan bulanan dan tabungan bersalin nanti . Aku berazam untuk tidak menyusahkan keluargaku yang telah sedia malu kerana anak ditinggalkan suami ketika inai masih merah dijari. Niatku ialah untuk mengadakan kenduri aqiqah sebaik aku bersalin.

Aku mengisi masa terluang di waktu malam dengan membaca al-Quran dan berjaya khatam sebelum aku bersalin. Aku tidak membenarkan diriku mengelamun atau mengenang nasib malang walau kadangkala airmata tak terbendung dari mengalir jua ke pipi. Ketika saat-saat sebegitulah, aku akan mengusap perutku dan mengatakan aku tidak akan sekali-kali melakukan perkara yang akan menjejaskan emosi anakku nanti. Aku tahu bahawa Allah sedang mengujiku dan sudah pasti mampu melepasi ujian itu.

Bulan kesembilan aku memohon cuti awal seminggu dari tarikh jangkaan bersalin kerana mahu mendapat persediaan mental dan rehat secukupnya. Keluarga mertuaku mahu aku tinggal dirumahnya sedangkan aku teringin berpantang di rumah keluargaku sendiri tetapi ibuku masih bersikap dingin terhadapku. Aku buntu sehingga ke minggu-minggu akhir aku masih belum membuat keputusan walaupun pemeriksaan berkala mengandung aku lakukan di bandar Banting.


Ayan berusia 2 minggu, pada hari cukur jambulnya.




Pada pemeriksaan di Hospital Daerah Banting, aku mengesan cairan darah telah mula keluar. Jururawat memberitahu bahawa aku mungkin akan bersalin pada satu atau dua hari lagi. Adikku yang menemani ketika itu mula panik manakala aku pula masih tidak tahu mahu bersalin di mana. Petang itu, kami pulang ke Klang dengan menaiki bas dan adik terus memberitahu ibu tentang keadaanku tanpa pengetahuanku. Tanpa berlengah lagi ibu memaksaku ke hospital berdekatan dan kami bergegas ke hospital menaiki kereta jiran. Sampai di hospital, baru aku sedar yang kad rawatan tidak ku bawa bersama dan terpaksa menelefon bapaku di rumah yang keberatan untuk menghantarnya ke hospital. Hampir tengah malam bapa tiba di hospital sambil marah-marah. Waktu itu, aku hanya berserah kepada Yang Maha Esa kerana Dia sahaja yang Maha Mengetahui apa yang kualami pada saat itu.

Nasib menyebelahiku, apabila hospital tersebut tidak menghalang aku bersalin di sana walaupun aku tidak berdaftar di situ. Aku terus dimasukkan ke wad. Dua malam kemudian barulah aku benar-benar sakit bersalin setelah air ketuban ke pecah pada sebelah beberapa jam sebelum itu. Ketika akan di bawa di bilik bersalin jururawat bertanya di mana suamiku, lantas ku jawab ‘out station’ untuk memendekkan cerita. Jadi jururawatlah yang menyiapkan keperluanku kerana tiada sesiapapun menungguku.

Alhamdulillah, tarikh keramat 13 November 1991, Allah permudahkan aku bersalin walaupun agak lama menunggu tetapi aku tidak menghadapi sakit bersalin yang panjang dan bayi seberat 3.2kg itu pun dilahirkan dengan mudah tepat jam 11.05malam. Sekali lagi jururawat bertanya suamiku ketika aku dibawa ke wad selepas bersalin dan sekali lagi aku terpaksa berbohong dengan mengatakan bahawa suamiku bekerja di luar negara.





Sicomel pujaan ramai ketika berusia setahun.

Jika selama aku mengandung aku dapat bersikap kental dan tetap bersemangat kuat tetapi selepas bersalin, semangatku seolah-olah hilang bersama-sama keluarnya bayi dari rahimku. Aku teramat mahukan kehadiran suami untuk mengendong dan mengazankan anakku. Tubuhku terlalu lemah namun mataku tidak lepas-lepas memandang ke pintu mengharapkan orang yang membuka pintu itu adalah suamiku walau ku tahu itu tidak mungkin terjadi. Pilu dan sayu amat terasa melihatkan suami orang lain membelai isteri dan mengazankan anak mereka dengan penuh kesyukuran. Ingin mulutku memohon dari suami mereka supaya sudi mengalunkan azan di telinga anakku namun lidahku terasa kelu. Hanya airmata menemaniku sepanjang malam. Sicomel Muhammad Nurfarhan seakan mengerti keadaanku hanya nyenyak tidur hingga ke subuh. Aku dimarahi jururawat kerana tidak mahu makan dan minum buat menyambung tenaga tapi aku tidak punya kekuatan walau untuk mengangkat tangan. Semangatku luruh dan melayang entah kemana.

Selepas subuh keesokan harinya, aku melangkah lemah ke telefon awam berdekatan untuk menghubungi ibuku memberinya khabar yang dia telah menjadi seorang nenek. Sungguh, aku tidak mengharapkan apa-apa reaksi pun darinya. Rupanya, dia bergegas datang dan seolah-olah kasih sayangnya melimpah ruah sebaik melihat wajah cucu sulungnya itu. Itulah cucu kesayangannya yang dipanggil ‘Hakim’.



Ragam ayan bergambar dengan ibu, abah, Farah dan Firdaus ketika berumur 4 tahun.

17 tahun berlalu, kini anakku membesar didepan mata sebagai anak yang bijak dan amat menyayangiku. Aku dapat merasakan ikatan batin yang amat kuat antara kami lantaran pengalaman yang kami lalui bersama. Pengalaman yang teramat mahal yang tak ingin kulalui lagi. Kini aku telah pun mempunyai dua orang cahaya mata lagi dan suami yang penyayang dari perkahwinan keduaku.

Kepada ibu-ibu yang senasib denganku, jangan cepat mengalah kepada keadaan. Sesungguhnya anak dalam kandungan merupakan tunggak kekuatan dan jangan izinkan kekecewaan dan putus asa bersarang dihati.. Curahkan kasih sayang kepada anak dan jangan sekali-kali menyalahkan takdir. Jadikan al-Quran sebagai teman setia sepanjang masa suka dan duka terutama ketika mengandung. Percayalah, jiwa akan sentiasa tenang dan tentunya akan ada sinar menanti di hujung jalan.



Saat istimewa kami di Jabal Rahmah ketika menunaikan umrah pada tahun 2004 , Ayan berumur 14 tahun..

p/s ; niat menulis artikel ini bukan untuk riak atau ujub tapi sekadar renungan dan kenangan pembaca juga untuk mengasah bakat penulisanku. Posting ini telah ku hantar ke majalah MIDI untuk ruangan Hati Seorang Ibu

Saturday, July 12, 2008

Rasalah masakan Farah

Hari ini ibu suruh masak tengahari sebab sat lagi ibu nak keluar ambil Faris balik tiusyen. Farah kata nak belajar masak beneng kobis.... campur suun dan kentang. Kobis potong besar-besar, baru syok makan!!
Biasanya makan sayur beneng ni sedap dengan sambal belacan tapi hari ni Farah masak sardin tumis, bubuh bawang besar banyak-banyak, cili rawit banyak-banyak, bawang putih,serai sebatang dan tomato hiris. Lagi pedas lagi best!!
Yang ini ibu punya resepi iaitu sambal bilis dan tempe. Goreng berasingan bilis dan tempe yang dah dihiris agak nipis. Tumiskan 3 labu bawang besar, bawang putih, cili rawit dan masukkan 2 sudu besar cili giling. Tambah garam dan gula. Kacau sehingga betul-betul garing barulah masukkan bilis dan tempe tadi. Kacau lebih kurang dan angkat.

Bila makan bayangkanlah bunyi nye.. krup krup... krap krap...
Nak jadi cerita tu, abah dia balik nak makan, nasi dah habis. Terkejut betul ibu, rupanya abang Ayan dah makan dengan kawan dia, habis satu periuk nasi. Nasib baik lauk pauk ada lagi!.. Inilah penangan masakan Farah agaknya..









Saturday, July 5, 2008

Budak-budak bermain bola






Pada hari Sabtu yang lalu, 5 Julai 2008, pasukan bola sepak anak-anak Taman Dato Bandar (TDB), telah mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan bola sepak dengan pasukan Taman Meru Makmur. Kebanyakan pemain adalah anak-anak bersekolah rendah.






Pemain bergambar selepas tamat permainan. Pasukan tuan rumah paka baju kale-kale, pihak lawan pakai baju merah.Aksi-aksi mendebarkan sehingga membawa kepada kekalahan tuan rumah 4-7.. Gambar ni diambil dari tingkap rumahku.. (mmm.. boleh tahan jugak, kamera ni ye..)
Tu yang baju putih, anak sedara saya. Dia menang tokoh sukan sekolah tau!



Ini macam di Guantanamo Bay je!. Eh tak lah... di tepi surau. Sambil tengok bola diaorang dah standby untuk solat maghrib. Kalau tak salah warga Bangla. Di taman ni memang berbilang bangsa antarabangsa ada.. meriah! Tak caya tengok gambar seterusnya... Ha tu.. dari India la pulak. Memang ramai penonton, kalah Euro 08.. selalu jugak dia orang ni tengok bebudak main di padang ni. Teringat anak sendiri kat kampung ke!

Ini pula, pengulas sukan secara langsung dari tepi padang..





Amboi, begitu gembira sekali dengan kekalahan!!






Apapun, dah nama budak-budak dah main berhempas pulas pun, relak je.
Anyway.. keep up the good spirit guys.. bravo to coach cum referee cum everything.. cik Halim Aini. Sori gambar tak sempat ambik.. adios!!


























Wednesday, July 2, 2008

Nak percaya ke? jeng jeng jeng



Sejak dua tiga bulan kebelakangan, ada beberapa insiden yang berlaku kat rumah yang misteri-misteri gitu. Nak tau... jom!


Kisah 1 - Satu pagi jumaat tu waktu aku tengah sidai kain, kira-kira jam 9.00 pagi la macam tu, tiba-tiba anak aku Ayan tanya,"Bu, tadi ada budak kecik masuk rumah kita tak?". Aku kata mana ada orang, memang pun. aku aje yang ada kat bawah. Ayan kata masa dia tengah mandi, kawan dia dok sorang-sorang tunggu dia dalam bilik. Dia kata ada budak perempuan turun tangga..... jeng jeng jeng sapa tu?. Budak tu pakai baju kurung hijau, rambut pendek paras bahu.. Mana aku ada anak perempuan macam tu. Farah pun tak de kat rumah, dia gi sekolah..






Kisah 2 - Farah letak handphone dia atas kabinet di tingkat bawah sebelum dia pergi sekolah.. aku memang nampak phone tu kat situ, tapi buat tak peduli ajela. Lepas dia balik sekolah, melilau dia cari phone tu tapi tak jumpa. Apalagi dia tuduh si Faris ambiklah.. mana budak tu nak mengaku. Sambil cari merata-rata kat rumah, entah macamana Faris jumpa bawah katil farah.. jeng jeng jeng camno tu?






Kisah 3 - Satu pagi tu aku nak pergi ke kenduri kahwin sepupu. Tengah aku nak pakai sarung lengan aku perasan gelang emas putih kat tangan dah tak de. Heran jugak, sejak aku beli 4 tahun dulu memang tak pernah tertanggal.. tapi sebab nak cepat, aku tak cari pun, pun cuma aku yakin satu hari nanti aku jumpa. Sebulan lepas tu, cik abang aku tengah clearkan suratkhabar lama, tiba-tiba dia tunjuk kat aku gelang tu. Ada celah-celah suratkhabar.. aku naik seram jugak nak pakai balik... tapi aku pakailah jugakkan.. dah itu harta yang aku ada.. aku test bukak kancing (kanan kiri ada kancing) sebelah kiri tu memang selalu terbukak, tapi yang sebelah kanan tu .. memang nak kena paksa sikit baru boleh buka. Memang sah-sah tak boleh tertanggal sendiri.. camno ek?


Kisah 4 - Farah tiba-tiba hilang selipar baru dua tiga hari beli, tapi ada sepasang selipar perempuan lain kat tempat dia, saiz kecil sikit. Sebab dia anak dara sorang, memang takde orang akan kacau selipar dia tu. Semua orang heran.. tapi lepas 2-3 hari hilang, pagi-pagi tengok ada depan pintu. Yang selipar orang punya tu dah takde..camno ni? hai makin haru..

Kisah 5 - Faris selalu tiba di rumah jam 1.20 ptg dari sekolah pagi. Aku la bukak pintu untuk dia, sebab aku sorang aje ada kat rumah time-time tu. Satu hari tu, tiba-tiba aku tengok dia dah ada dalam rumah.. aku tanya dia macamana masuk sedangkan ibu kunci pintu?. Dia jawab, kunci ada tersangkut kat pintu? Pelik pulak sebab kunci aku dah cek memang tak de pagi tadi. (kadang-kadang aku atau ayan letak kat celah pasu) .. tapi tak pernah aku biar sangkut kat pintu...lagi la haru?


Husband aku memang tak nak percaya bab-bab ni kan.. tapi baca ni..


Kisah 6 - Baru-baru ni balik dari outstation, dia tanya aku ada tak nampak spek mata dia?. Untuk pengetahuan abang aku ni dah rabun yang amat. Baca tulisan dah tak nampak kalau tak de spek. Biasanya di taruh atas meja tepi katil.. Aku manalah tau mana dia letak, sebab kalau compare aku dengan dia ni, dia lebih cermat dan teliti. Aku selalu letak barang sana sini.. Ada la 3 hari hilang. Tiba-tiba aku terjumpa terselit kat satu beg kertas yang biasa isi souvenir... Dia dah pandang aku semacam.. camno.. nak cayo ke tak ni?

Terbaru.. semalam


Kisah 7 - Ayan tengah makan tengahari, baru balik sekolah. Dia on kipas ruang tamu pakai remort control speed - high. Tengah makan tu, dia dengar bunyi macam control slowkan kipas... lepas tu kipas tu slow to medium. Remote atas meja tu dia tak usik pun.. Tak lama lepas tu.. bunyi lagi. control slow.. kipas tu pun lagi slow. lepas tu langsung berhenti. Tapi kes ini.. aku tak pasti misteri atau tak.. sebab masa aku tengah taip ni, faris kata memang tak boleh on langsung... percaya ke tak?






He he he.. Kalau setakat bunyi orang bagi salam atau ketuk pintu ... ala dah biasa dah.. Tapi aku respek anak-anak aku.. dia orang memang berani. buat tak kisah. alhamdulillah.. baru ini aku tinggalkan dia orang tiga beradik masa aku dan husband ke penang 3 hari dua malam.. dia orang okay je.. anak orang lain belum tentu...