Ads

Tuesday, December 28, 2010

Ingatkan dapat 1 atau 2 A je...

Hari ini 23 Disember 2010,  keputusan PMR bakal diumumkan. Farah dah berjanji dengan gangnya, Basyira, Tuti dan lain-lain untuk ke sekolah bersama-sama pada jam 10.30 pagi. Kami yang dah pun berada di Meru 2 hari sebelum itu bagaimanapun akan ke Hospital Besar Klang terlebih dahulu untuk Farah menjalani pemeriksaan x-ray.
 Hari raya 2008, Farah sedang bergelut dengan TB.
Dalam perjalanan ke sekolah, Basyira menelefon Farah dan memberitahu 14 orang rakan sekelas mendapat 9A. Basyira pun berkata resultnya ok tanpa memberitahu keputusan sebenar.

Tiba di luar sekolah, Farah semakin cemas.  Ibu kata, " Ibu tunggu dalam kereta dengan Deeja. Farah datang balik ke sini nanti ya." Tak sampai 10 minit kelihatan Farah berjalan ke arah ibu. Nampak macam menangis. Ibu pulak yang cemas, "Berapalah anak aku dapat ni, Ya Allah tolonglah kami."

Tiba di kereta, airmata Farah semakin deras. "Farah dapat berapa?". Jawabnya, " Enam A". Ibu peluk Farah. "Kenapa nangis?". " Agha terkejut, ingatkan dapat 1 ke 2 A je...". 

Alhamdulillah. Farah dapat A untuk B Malaysia, Inggeris, Math, Sains, Agama dan Kemahiran Hidup. B untuk Geografi dan Sejarah dan C untuk Bahasa Arab.

Ibu tak pasti bagus atau tak 6A tu, tapi bila memikirkan peperiksaan percubaan , Farah cuma dapat 3A Ibu puas hatilah Farah boleh dapat 6A dalam peperiksaan sebenar. Ada antara kawan sekelas Farah yang baik keputusan peperiksaan percubaan tetapi tak sebagus itu result akhirnya.


Ibu teringat kembali besarnya cabaran Farah untuk dapat 6A. Akhir tahun tingkatan 1, Farah  disahkan mengidap TB. Sepanjang tahun di Tingkatan 2, Farah selalu tak hadir sekolah kerana berulang alik ke klinik dan hospital untuk pemeriksaan atau mengambil ubat. Ibulah yang selalu 'top up' pil-pil dari klinik. Sehari Farah kena makan 12 biji pil tanpa gagal selama hampir setahun. Dan dia anak yang akur pada perintah. Senang menjaga disiplin makan ubatnya tu walau dalam hatinya hati hanya Allah yang tahu.
Farah (abah dukung), abang Firdaus yang meninggal akibat TB juga dan abang Ayan ketika bercuti di Langkawi.

Farah memang tak ambil tuisyen swasta. Abah tak izinkan, sebab abah kata kat rumah pun boleh belajar. Apa yang cikgu di sekolah ajar tu fahamkan betul-betul.


Masa Tingkatan 2, subjek Math sangat menakutkan Farah. Langsung 'blank' sebab diajar dalam Bahasa Inggeris. Bila  Ibu cek kerja sekolah, meleleh-leleh airmata Farah mengadu langsung tak faham. Naik Tingkatan 3 pun asyik gagal Math. Ibu ingat lagi, Farah pernah mengadu 'dikutuk' kawan baiknya kerana susah sangat nak faham Math. 

Tapi, cikgu Math Farah banyak membantu. Setiap hari Rabu selepas waktu sekolah, cikgu akan beri kelas pemulihan Math percuma (inisiatif sendiri) kepada murid yang lemah Math termasuk Farah. Dan Farah ambil peluang itu sepenuhnya! Kadang-kadang Farah tanya Abah. Faris kata Farah selalu berjaga malam buat ulang kaji.

Ibu pulak mabuk mengandung pada akhir tahun lepas. Banyak 'melepaskan' tugas di dapur kepada Farah sebab ibu tak boleh bau dapur. Farah terpaksa lebihkan masa di dapur dari waktu belajar. Bulan Februari tahun ini pula, Deeja lahir. Lagi banyak Farah kena buat kerja rumah. Munculnya seorang lagi ahli keluarga secara tak langsung 'menggugat' jadual waktu menjadi semakin sibuk. Farah kena jaga adik masa ibu ke kedai, ke surau atau masjid, mesyuarat malam-malam, tidurkan adik, buat susu Deeja dan tukar lampin Deeja. Tapi Farah tak komplen...

Cayang bucuk abah lena di dada

Maafkan ibu sebab tak bimbing Farah betul-betul. Masa ibu nak periksa dulu, Mak Nenek akan tunggu ibu belajar tak kira selewat mana. Tapi ibu tak tunggu Farah pun. Ibu asyik masuk bilik cepat nak tidurkan Deeja atau nak tengok cerita Korea kat TV dalam bilik.

Bila ibu ronda blog kawan-kawan ibu, ramai suka anak-anak dapat 8 atau 9A. Takde pun yang tulis anak dapat 6A ke 5A atau takde A ke..Tapi ibu tak malu bagi tau orang anak ibu dapat 6A2B1C. Ibu dah dapat rasa Farah akan dapat 6A dua tiga hari sebelum result keluar lagi. Abah pun suka sangat. Atuk-atuk, Wan dan Mak Nenek pun suka. Mak Ngah, Mak Uda, Mak Lang, Mak-mak Teh, Mak Cu pun suka sangat.

Ibu yakin Farah akan dapat keputusan yang baik. Kalau Farah sihat, mungkin keputusan Farah lebih baik. Tetapi bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi. Farah anak yang baik, dengar kata dan tak degil. Dalam doa ibu menjelang keputusan keluar, ibu selalu memohon begini, " Ya Allah, Kau berilah keputusan PMR yang cemerlang kepada anakku Farah Khalidah. Kasihanilah dia Ya Allah, dia dah belajar bersungguih-sungguh Ya Allah, dia anak yang baik Ya Allah dan dia anak yang taat Ya Allah." Itulah ibu doa berulang kali.

Sekarang Farah dah pun berjaya dalam PMR. Insyaallah, teruskan usaha di sekolah baru nanti. Buktikan Farah boleh cemerlang dalam SPM pula.Terima kasih kerana telah menggembirakan abah dan ibu.

Friday, December 17, 2010

Wah.. Banyaknya Anggur!!

Pernah dengar tak orang kata di Kedah ada ladang anggur? Jom pi tengok di Kampung Ternas, Telaga Batu, Sik atau di http://www.berislakegrapes.com.my/

Mengikut cerita, ladang anggur ni dipunyai oleh seorang wanita dari Pulau Pinang yang telah membeli tanah seluas 34 ekar. Mempunyai kira-kira 1000 batang pokok yang terdiri dari empat jenis anggur iaitu black opal, black grape, white malaga dan loose pelite; 2 yang warna gelap dan dua lagi berwarna hijau.
Lokasi ladang yang terletak di tepi Tasik Beris dan berlatarkan banjaran gunung berkabus memang sangat cantik lagi mengasyikkan. Bagi Che Mid tuan punya ladang ni tentunya seorang yang kreatif, berani berfikir dan bertindak 'di luar kotak'. Bukan sebarangan orang sanggup mengambil risiko mengusahakan perniagaan yang 'luarbiasa' nun jauh di utara Malaysia.

 
Bayaran masuk RM3 dewasa dan kanak-kanak pula RM1.50. Rasa mahal pulak untuk sekadar menatap anggur. Che Mid rasa pihak ladang ni, boleh sediakan satu pusat penerangan tentang anggur, bagaimana ditanam dan prosesnya. Tentu ramai nak tau selain dari menengok pokok anggur.
Gambar luar bangunan pejabat ladang anggur.
Tu dia ladang yang berbumbung putih. Masa Che Mid melawat, suasana mendung dan hujan.

Siapa tak geram tengok anggur bergayutan atas kepala!! Tapi cuma boleh dipandang, tak boleh dimakan. Usia anggur tu dalam 4 bulan, seminggu lagi boleh dituai. Eh eh tuai ke petik?

 
Bahagian bawahnya pulak berbatas-batas. Sangat bersih. Bila dah habis dipetik nanti, pekerja akan mencantas dahan-dahan sampai togel, barulah putik baru akan tumbuh dan berbuah semula.


 Ramai betul pengunjung yang datang, walaupun masa tu dah pukul 6 petang.. dah nak tutup.


 Inilah antara anggur dan suku sakat anggur yang dijual. Rasa buah anggur memang lebih sedap dan rangup dari yang diimport. Manis dan segar! Produk lain adalah seperti jus anggur, kordial, losyen pun turut dijual.

 Masing-masing membeli buah tangan untuk dibawa pulang.

 Antara kebaikan buah anggur .. takde bahasa Melayu ke? Ini di Malaysiake di London?? Che Mid pantang betul tengok benda macam ni, dahlah takde terjemahan.. memanglah orang Melayu Malaysia ni terer Bahasa Inggeris, tapi janganlah sampai mengkhianati bahasa ibunda sendiri!! Kalau dah Melayu tak suka bahasa Melayu, tu bukan Melayu namanya!!

 Pengantin tak lepaskan peluang mengambil gambar 'outdoor shooting' di sini. Che Mid nampak ada 3 pasang pengantin bergambar.

 Cafe yang besar ini turut disediakan untuk pengunjung. Tapi masa Che Mid datang tu, tidak beroperasi. Tempat yang baik untuk buat majlis kecil-kecilan. Tapi tak taulah dibuka untuk tempahan untuk orang luar atau tidak..

 Di tepi cafe tu pulak ada Tasik Beris yang sangat indah panoramanya. Gambar 'header' di atas pun gambar Tasik Beris nilah.

 Kalau memandu lagi ke depan, terdapat D'Puncak Beris Lake Resort, tempat perkhemahan dan memancing. Suasana di lereng bukit dan di tepi tasik memang sunyi dan tenang. (menakutkan juga bagi sesetengah orang).

Dengar cerita tempat ni dulunya adalah perkampungan. Penduduk semua dah dipindahkan ke tempat baru dan kampung pun ditenggelami air menjadi tasik. Kalau diperhati betul-betul memang kita akan lihat kesan jalanraya dan rumah-rumah tinggal di tepi tasik tu. Tuan punya resort tu pun penduduk situ, tapi mujur tanahnya tidak tenggelam cuma di lereng bukit. Bolehlah diusahakan menjadi resort.

Sape nak pergi ladang anggur? Jom, Che Mid boleh tunjukkan. Jadi pemandu pelancong tak bertauliah..ha ha

Wednesday, December 15, 2010

"Homestay Mak Ngah"

Check in          :   11 Disember 2010 (9.15 malam, selepas tersesat ke sana ke mari)
Check out        :   13 Disember 2010 (12 tengahari)
Jumlah peserta  :   8 orang (dua orang suami isteri, 2 anak dara dan 4 bujang)
Bayaran            :   Percuma (kroni punya pasal)

Ketibaan tetamu (sebenarnya Alang dan famili) ke homestay mak ngah disambut meriah walaupun tanpa bunga manggar atau paluan kompang. Nampak sangat mereka ni kepenatan setelah seharian menghadiri majlis perkahwinan saudara di Kepala Batas dan Sungao Petani.

Anak-anak dara ditempatkan di bilik Farah, yang teruna berkongsi bilik dengan Faris manakala Alang dan Joe di bilik ke empat. Mereka dah pun makan malam di rumah pengantin, jadi selepas mandi, Che Mid hidangkan air teh o panas / oren ais dan kudapan. Kami berborak dan bergurau senda sampai lewat malam. Deeja yang jadi 'mangsa buli' sepupu sepapat bagaikan 'kancilen', langsung tak mau tidur walaupun jam dah 2 pagi. Masih lagi merangkak ke sana sini.. hai.. tak pernah-pernah Deeja macam tu..

 
Sarapan pagi esoknya, Chef Mid dah siapkan dua jenis mihun goreng - mihun Singapura dan mihun mesia. Bukannya jeneres sangat, tapi sebab kuali baru tu kecik sangat.. (kuali besar masih di Klang) jadi kenalah masak 2 kali. Saja-saja tukar kale mihun tu.. Ada jugak ubi rebus bergula dan sosej bersos cili dan mayo. Roti bakar pun ada jugak..

 
Kami cuma ada meja makan berkerusi empat, jadi terpaksa bersarapan atas lantai di ruang tamu yang macam padang bola tu.

Tengahari, Chef Mid tak payah masak tengahari sebab Alang & co pergi ikut rombongan pengantin bertandang. Hai.. selamat ... tak payah keluar belanja makan tengahari he he..

Balik saja dari rumah kenduri, kami bawa mereka berjalan-jalan ke Sik. Kan homestay kan.. kenalah tunjuk kawasan sekitar. Perjalanan kira-kira 50 minit dari SP ke Sik.
Alang dan hubby naik kereta kami. Tengok tu.. Adeeb berkeras nak duduk dengan Deeja dalam bakul.
Mula-mula bukan main boraknya... tanya tu tanya ni. Tak lama lepas tu... lelap...
Mula-mula kami berhenti di sekolah pondok Tuan Guru Haji Salleh. Sebenarnya Faris dan sepupunya sebelah Che Mid; Adam dan Ashman, belajar di situ sempena cuti sekolah ni. Faris bawak mihun goreng lebih pagi tadi. Kipas meja tu untuk menggantikan kipas Ashman yang dah rosak.
Ini dewan solat dan dewan kuliah. Che Mid tengok tempat ni ok. Faris yang mula-mula macam relakten pun nampak heppi je kat situ. Tapi untuk perempuan, hanya boleh hadir bersama suami. Jadi takde pelajar perempuan kat situ kecuali orang-orang tua.
Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa, Kampung Seberang Pekan Sik adalah antara puluhan sekolah pondok yang ada di Sik.
Ini pulak deretan pondok atau asrama pelajar. Ada bangunan baru dan lama. Tempat memasak berasingan disediakan juga. Air minuman boleh didapati dari air bukit di situ jugak. Tapi Faris kata, pondoknya terletak sebelah pondok tok. Jadik tok tu selalu hantaq ayaq kupi atau milo.. syoq la bebudak tu..

 
Ini tempat mandi di lereng bukit. Ada kolam dan ikan berenang-renang sambil bebudak tu mandi. Mesti sejuk gile..
Selepas tu, kami ke Tasik Beris, Sik kira-kira 20 minit dari sekolah pondok tadi. Masa tu dah hampir maghrib, jadi kami tak bolehlah nak jalan lagi jauh. Atas sikit lagi, ada D Puncak Lake Resort.. ha..lagi banyak tasik-tasik boleh kita tengok. Boleh makan-makan jua. Tapi hari dah nak gelap terpaksa batalkan hasrat tu. Tauke homestay ni tak reti atur program ke...









Apa pun Alang dan anak-anak nampak enjoy.. walaupun ada yang mengadu lapaq kedengaq!
Masing-masing pakai baju sedondon je..


We are so starving.. we can eat an elephant!!  Apalah Che Mid bebel kat weter tu.. oder je la cepat..

Akhirnya kami dapat membaham nasi putih berlaukkan siakap stim dan masam manis, kailan ikan masin, tom yam campur, ayam bercili, telur dadar dan keropok. Air limau bubuh dalam jag. Sate 60 cucuk!! HABEH LICIN!! Deeja dapat roti bakar fri of caj lepas dia main mata kat abang weter tu!!

Jangan serik tau.. lain kali datang lagi ok. Ajak Mak Teh, Mak Cu dan sepupu sepapat yang tengah jeles bila baca entri ni.

Deeja merengek nak ikut Mak Lang balik Shah Alam. Dia tak nak keluar kereta bila Mak Lang acah-acah nak bawak dia, tapi dia pelik kenapa ibu tak ikut masuk sekali..

Itulah kumpulan pertama yang datang ke homestay mak ngah. Dengarnya minggu depan ada orang Meru nak tempah.. kita tunggu!!

Tuesday, December 14, 2010

Baby Cot Deeja - Terima kasih Makcu Ayu, Rozi & Maimunah

Kali ni nak cerita pasal baby cot Deeja yang Che Mid pinjam dari biras, Ayu. Ayu pun pinjam dari bes frennya, Puan Rodziah, yang kini khabarnya di UUM, Sintok. Cadar baby pulak Puan Maimunah punya, ada 3 helai semuanya yang boleh tukar ganti.

Masa di Klang, Deeja jarang gunakan bebikot ni sebab terletak dalam bilik tidur. Waktu malam pun kadang-kadang je Deeja tidur kat situ sebab susah ibu nak susukan  tengah malam.

Bila kami pindah ke SP, bebikot ni kami bawak sekali. Dari bebikot dah jadi playpan pulak.

 Inilah bebikot Deeja. Acik Rozi masih kenal lagi ke? Acik Maimunah ingat lagi ke cadar tu? Deeja suka sangat main dengan gambar kartun-kartun tweety yang dilekat di bahagian dalam. Deeja kopek sikit-sikit.. sekarang ni kartun tweety tu dah tinggal sikit dah..

 Deeja main-main dan baca buku dalam tu. Kalau ibu nak buat kerja, ibu letak Deeja dalam tu, jadi Deeja tak boleh kacau ibulah.. Sekarang ni kat ruang tamu takde perabut lagi, jadi ibu tolak bebikot tu ke sana ke mari. Deeja suka!!

 Tapi, masa di Klang hari tu, abang Ayan dah rosakkan bebikot tu. Dia kata tak sengaja tertendang masa dia tidur di bilik ibu. Abah terpaksa ikat balik supaya pagar tu tak terbuka.

Deeja kena kurung sebab asek nak kejar ibu je..

Deeja dan ibu nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Acik Rozi dan Acik Maimunah kerana bagi pinjam bebikot ni walaupun tak pernah berjumpa dan bertentang mata sebab pinjam pun melalui Mak Cu Ayu.

Acik Rozi, nak tanya ni, nanti bila Deeja dah besar dan tak nak guna lagi bebikot ni, Acik Rozi nak lagi ke bebikot ni? Ambiklah balik...Deeja tak boleh simpan bebikot ni lama-lama, bukan apa, takut ibu ada bebi lain pulak nanti!!! Syyyh.. jangan cakap ibu tau!!

Saturday, December 11, 2010

Syoknya Duduk SP

Minggu pertama di SP - Boring yang teramat sangat. Internet takde. Nasib baik ada astro. Jiran pun lebih dari takde dari ada. Farah dan Faris asek-asek bangun tidur, bangun tidur. Kalau Che Mid suruh Faris mop lantai, jam jam tu jugak buat. Suruh buang sampah kat tepi padang ( kat sini takde lori MPK kutip sampah).. jam jam tu jugak dia pi buang sampah. Pasal apa rajin ni... sebab dah takde keje lain nak buat.

Ada sekali tu, Che Mid nampak tengah panas (kat sini.. kalau panas terik betul!!) dia dok atas buai kat padang sorang-sorang. Menuuung panjang. Alahai sian betul Che Mid tengok.. dah lah hitam bujang sorang ni... lagi gelaplah..

Apa pun kita kenalah belajar hidup tempat barukan... (macamlah susah sangat, baru duduk kat SP, belum lagi duduk kat Sarawak macam Lina atau Cekwa, atau di Sri Lanka macam Anis..).

Yang paling obvies sekali tentulah loghat utara. Meh sini cheq nak habaq..

1) Masa pergi kat pasaraya, Che Mid terdengar ada kasteme cakap sesama dia, " sabun tu dok tang mana tak tau!" Dalam hati Che Mid, ish.. sabun pun boleh duduk ke, bukan orang je boleh duduk kah kah kah.

2) Ada satu gerai nasi campur. Che Mid dah borak-borak dengan tuan punya gerai tu, jadi dia taulah Che Mid bukan orang Kedah sebab baru fes taim makan gulai batang pisang. Jadi, masa nak bayar tu, Che Mid tanyalah berapa?. Dia kata, "22 ringgit 5 kupang eh eh bukan..... 22 ringgit 50 sen"...

3) Satu hari di rumah, Farah dan Faris cakap kat Che Mid. "Ibu dengar tak malam tadi kita orang gelak-gelak dalam bilik?."Tak dengar pun,". Che Mid kata. " Kenapa?". "Kita orang belajar cakap Kedah sambil main gem tembak-tembak. Ada sekali tu, Farah tertembak hero tu, matilah dia. Farah kata MAMPUIH DEN! alamak tercakap Negeri Sembilan la pulak ha ha". Habehlah anak aku... krisis identiti ni.. Wan dia orang tu dari nogoghi... konpius!

4) Che Mid tanya Faris," Habaq mai tu apa?". Faris kata, " Apa khabar" . Nasib baik Che Mid tanya awal-awal, bayangkan dia jumpa orang kat sana, sambil bersalam dia kata habaq mai, habaq mai!!

5) Farah siap gugel lagi tentang loghat negeri Kedah. Maka keluarlah istilah-istilah pelik-pelik tapi menarik untuk dipelajari macam haus jadi lapaq ayaq, tawar sangat jadi tawar hebeh dll.

6) Satu hari Faris pergi ke Carnivall SP seorang diri. Dia ni memang senang berkawan dengan orang dan tak kisah. Konon2 dah praktis cakap slang kedah dengan kakak di rumah, macam ok la kut. Balik aje, dia kata," Tadi Faris duduk dengan budak-budak Kedah. Satu apa pun Faris tak faham....!! Camno.. keturunan Jawa nak terus jadi Kedah!

7) Satu malam kami pergi saper di Medan Selera Jam Besar SP. Faris tengah on de fon dengan kawan sekolah dia. Konon tak nak bagi kami dengar, dia pun duduk menghala ke meja lain. Agaknya kawan dia tu tak dengar apa Faris cakap, dia pun tinggikan suara, " SAPA SI?".. Habih orang di meja sebelah terus pandang Faris. Syue dia dengar pelikkan! Orang Kedah mana ada cakap si si ni...

Dari segi harga makanan pulak Che Mid rasa ada yang mahal dan ada yang murah dari Klang Veli.  Nasi lemak kat sini 50sen dah dapat dah sebungkus. Sate 30 sen pun ada kat pasar malam! Tapi air kelapa pandan RM3.50 sebijik, kat sana baru RM2.50.

Ada satu pagi tu, Che Mid beria-ia nak pergi kedai untuk beli lauk masak tengahari. Jadi lepas Che Abang pergi keje, Che Mid pun keluarlah. Masa tu dalam pukul lapan pagi. Kalau di Meru, jam 7.30 dah sibuk dak kedai Seribu Dinar tu dengan ikan sayur dari pasar borong baru sampai. Emak-emak orang, orang Indon ke Bangla dan Vietnam dah sibuk nak membeli. Tapi di SP, kedai tak bukak lagi. Sunyi sepi. Rupanya kedai bukak pukul 10 pagi. Lepas tu kan, kat sini tak banyak kedai runcit jual barang basah. Susah nak cari kedai yang pagi-pagi dah ada sayur atau ikan-ikan 'display' dalm kotak oren atau kotak putih. Pasaraya Anika kat Gurun buka pukul 11!!

Tapi yang besnya... TEMPE ada dijual kat pasar malam!!





Wednesday, December 8, 2010

Sg Petani kami datang

Ramai orang tanya soalan ni masa Che Mid nak berpindah ke Sungai Petani (SP). " Kau pindah bawak lori ke?" "Banyak ke barang kau bawak dari Meru?", "Habis tu, sapa duduk rumah sekarang, sewa ke?" dan soalan lain yang sama waktu dengannya.

Kisah benarnya ialah 1) Che Mid tak pindah bawak lori, 2) Tak bawak semua barang, 3) Rumah sekarang tak sewa pun sebab Farhan duduk sorang-sorang.

Che Abangkan jadi wiken hasbe selama lebih kurang sebulan, jadi bila hujung minggu dia balik tu, dia angkutlah barang sikit-sikit.

Pada 20hb November barulah pindah betul-betul. Che Mid pindah pakai 2 kereta. Che Abang bawa kereta dia ( Farah dan Deeja duduk belakang) dan Che Mid bawak MPV 2 tingkat... ha banyak jugak barang kami boleh angkut.

TV besar dah angkut awal dulu. Langsir rumah dah siap pasang. Pakaian dah bawak sikit.  Peti sejuk, dapur gas dan tilam dah beli baru. Mai tengok apa benda lagi kami bawak!


 Inilah MPV 2 tingkat Che Mid. Tuuu! Yang atas tu .. pun isi barang gak! Kira 2 tingkatlah... macam bas ekspres he he. Atas tu kami letak baju-bajuan, bantal-bantalan dan selimut.

 Bukan main siksa Che Abang nak angkat mesin basuh 14 kg ni. Beria-ia dengan si Faris. (Ayan takde dalam bab ni... dah keluar dari pagi lagi..) Akhirnya Abah Jamil datang tolong si menantu ni. Tak sampai seminit... SIAP..

Barang lain yang kami bawak ialah periuk nasi, periuk lauk pauk, blender, meja tv kecik, pinggan mangkuk, radio dll. Lesung batu tak bawak sebab Ayan suka guna lesung bila nak buat rempah nasi goreng. Che Mid ingat nak beli lesung kat Pekan Rabu, e eh ada ke jual lesung kat situ?
Sebakul besar kain baju, lepas tu ada lagi satu beg besar...mana nak simpan tu. wodrob baru kat SP cenonet je!!


Ya betul!! Deeja draiv sampai SP! Tak caya ke!!

Che Abang naik kereta ni. Farah dan Deeja duduk belakang. Che Mid bawak Ria dengan Faris. Dalam perjalanan kami berhenti makan di Behrang, berpiknik nasi lemak daging goreng yang Che Mid masak awal pagi tadi.


Suku sakat yang turut menyaksikan keberangkatan kami. Si farah tu asek nak nangis je..
Che Mid sibuk on the fon dengan Akmal, kawan Ayan yang sedih sangat tak dapat tengok Deeja sebelum bertolak. Memang kawan-kawan rapat Ayan pun suka sangat kat Deeja tu..
Inilah rumah baru kami di SP. Sebelah kiri dah ada jiran tapi jarang ada di rumah. Selang serumah ada juga jiran tapi nampak macam keluar pagi balik malam... jadi Che Mid rasa akan mati kutu duduk SP ni...walah... walah..

Apa pun kami disambut oleh 'rakyat' Kedah...
Iya, segerombolan lembu-lembu singgah di depan rumah kami sambil makan petang... Adalah 25 ekor.. tu sebab Che Mid tak ajak masuk rumah.. tak cukup besaq kah kah!

Monday, December 6, 2010

Sepetang Bersama Helwa 2010 - ketawa dan airmata

Program : Sepetang bersama Helwa - Semanis Kenangan Seindah Impian
Tarikh    : 14 Oktober 2010
Tempat  : Pandetta Coffee House, Intekma Resort & Convention Centre

Majlis hitea anjuran Kumpulan Marhaban Helwa TDB telah diadakan sebagai penghargaan kepada ahli-ahli marhaban dan juga jamuan selamat tinggal kepada ahli yang akan berpindah ( termasuk Che Mid la tu). Temanya ialah Semanis Kenangan, Seindah Impian.
Selain ucapan perpisahan dari Che Mid selaku bekas Pengerusi Helwa, turut diadakan persembahan dari ahli, penyampaian anugerah, tukar-tukar hadiah dari nona ke nona, permainan, sambutan hari jadi ahli, gurindam, pantun, anugerah nona manis dan lain-lain.

Farah datang sebagai ahli marhaban, Huda pulak datang sebab ikut ibunya.

Seramai 40 orang ibu-ibu hadir. Semua nampak cantik dan anggun sekali. Hari itu kami dipanggil Nona-nona Manis oleh Pengerusi Majlis. Tapi ada juga ahli marhaban yang nak sangat hadir tapi tidak sihat seperti Baiti dan Suryani yang baru keguguran.
Nombor dua dari kiri tu Normah, dah berpindah ke Sijangkang tapi tetap sudi hadir menyerikan majlis.

Ada juga ibu-ibu yang hadir membawa anak kecil mereka. Alasan standard - hasben kata, " kalau nak pergi, bawak anak sekali, abang tak nak jaga". Che Mid tak fahamlah suami-suami yang macam tu... sesekali isteri nak berehat dan bercantik-cantik sikit pun payah.. Bukan menginap pun.. 2-3 jam je.. Che Mid pulak terpaksa bawa Deeja sekali sebab ramai sangat yang nak Che Mid bawak si kecik tu.

Sape kata surirumah tak boleh melaram!! Syekali-syekali pasang badan.. kalah orang yang keje opis tau!!

Syair pembuka majlis dari Zee.

Pengerusi majlis menjalankan tugas dengan bagusss banget!!
Persembahan nostalgia marhaban dari Zee dan rakan-rakan. Tak praktis pun.. tangkap muat je.. nyanyi balik lagu nasyid dan marhaban yang dulu-dulu..

Cik Nah menerima anugerah ahli cemerlang sebab kedatangan paling tinggi!!

Emak Che Mid menerima anugerah ahli veteran. Emak juga menyampaikan gurindam khas untuk Che Mid. Amat syahdu dan menusuk kalbu apabila seorang ibu menyanyikan lagu perpisahan untuk anak sulungnya diselang seli dengan esak tangis. Hanya ciuman sayang dari Che Mid buat ibu tersayang seusai persembahan yang mampu diberi.

Ani (kiri) tak dapat menahan sebak kerana akan berpisah mengikut suami berpindah ke Pasir Gudang, Johor selepas 9 tahun menetap di TDB.

Jemputan khas Che Mid - Nyaiku cayang dan Cik Ti. Kesian juga tengok Nyai duduk lama-lama sehingga majlis selesai. Ada satu masa tu, dia jalan perlahan-lahan ke rostrum dan berbisik kepada pengerusi majlis, " Yok balik.. dah petang ni.. belum sembahyang Asar..". Masa tu baru pukul 5 petang, tapi suasana di luar hujan renyai-renyai.. mungkin Nyai ingat dah nak Maghrib kut. Terpaksa Che Mid pujuk dia..

 Suasana menjamu selera. Masing-masing tak makan tengahari lagi tu...

Jemput makan.. jangan malu-malu..

 Norazlina tersenyum manis bersama hadiah yang dimenanginya. Disebelah tu ialah lolipop yang diselit dengan nama bertuah. Lain sikit stailnya... takdelah asek-asek masuk tangan dalam kotak dan pilih nama atau nomborkan!!

 Ha! Ini persembahan pantun loghat Perak oleh Masanah. Riuh rendah jadinya kopi haus tu dek pantun kelakar Masanah tu..

 Mazlina pulak menyampaikan pantun loghat Kelate..

 Cik Nah ni patutnya berpantun loghat Pahang.. tapi ketawa memanjang...entah mana hujung mana pangkal weii

 Zehan (tengah) menang anugerah Nona Manis. Dia pakai baju kebaya jadi sesuai sangatlah digelar nona manis. Sebagai pemenang, Zehan diminta untuk mengajak seorang lagi jemputan untuk bersama-sama menikmati hadiah hitea yang dimenanginya. Jadi, dia pilih Farah, sebab Farah pun pakai kebaya juga. Nyai kat sebelah tu jadi penyampai anugerah. Pengerusi majlis usik, " Pastikan bila awak tua nanti.. tetap maintain macam Nyai ni..."

 Menjelang penghujung majlis Farah menyampaikan lagu Pelangi Petang oleh Sudirman. Ramai yang menitiskan airmata mengenangkan saat perpisahan yang semakin hampir. Antara senikatanya -

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi ku kan tetap
Pergi jua....

 Che Mid tekun mendengar ucapan 'Kau yang ku kenal' dari Ustazah Rosni, menceritakan pengalamannya mengenali Che Mid sebagai jiran dan juga ahli persatuan. Diikuti dengan ucapan balas dari Che Mid. Kata-kata terima kasih, ampun maaf dan doa kesejahteraan adalah intipati ucapan. Khas buat emak, lagu ini Che Mid perdengarkan.

Nasilah lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Tinggallah emak tinggal saudara
Keranan suami hamba turutkan

Selesai ucapan, Che Mid tutup dengan lagu Seribu Tahun dari Imran Ajmain

Relaku menunggumu  seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup kukan selama ini
Biar berpisah utara selatan
Kutak putus harapan
Sedia setia

Inilah cincin belah rotan emas putih hadiah dari Helwa untuk Che Mid sebagai kenangan.

Majlis yang penuh ketawa dan airmata itu tamat kira-kira jam 6 petang. Masing-masing pulang membawa kenangan manis dan mengimpikan satu hari nanti akan kembali bermesra seperti ini lagi. Buat Che Mid pula, kenangan bersama kumpulan ini ibarat tempat menabur bakti dan khidmat yang kini tiba ke penghujung. Kini giliran sahabat menyambung amanat. Moga akan  terus mekar mewangi mencurah amal sesuai tuntutan Islam. Insyaallah, doaku dari jauh sentiasa menemani kalian.