Ads

Tuesday, December 14, 2010

Baby Cot Deeja - Terima kasih Makcu Ayu, Rozi & Maimunah

Kali ni nak cerita pasal baby cot Deeja yang Che Mid pinjam dari biras, Ayu. Ayu pun pinjam dari bes frennya, Puan Rodziah, yang kini khabarnya di UUM, Sintok. Cadar baby pulak Puan Maimunah punya, ada 3 helai semuanya yang boleh tukar ganti.

Masa di Klang, Deeja jarang gunakan bebikot ni sebab terletak dalam bilik tidur. Waktu malam pun kadang-kadang je Deeja tidur kat situ sebab susah ibu nak susukan  tengah malam.

Bila kami pindah ke SP, bebikot ni kami bawak sekali. Dari bebikot dah jadi playpan pulak.

 Inilah bebikot Deeja. Acik Rozi masih kenal lagi ke? Acik Maimunah ingat lagi ke cadar tu? Deeja suka sangat main dengan gambar kartun-kartun tweety yang dilekat di bahagian dalam. Deeja kopek sikit-sikit.. sekarang ni kartun tweety tu dah tinggal sikit dah..

 Deeja main-main dan baca buku dalam tu. Kalau ibu nak buat kerja, ibu letak Deeja dalam tu, jadi Deeja tak boleh kacau ibulah.. Sekarang ni kat ruang tamu takde perabut lagi, jadi ibu tolak bebikot tu ke sana ke mari. Deeja suka!!

 Tapi, masa di Klang hari tu, abang Ayan dah rosakkan bebikot tu. Dia kata tak sengaja tertendang masa dia tidur di bilik ibu. Abah terpaksa ikat balik supaya pagar tu tak terbuka.

Deeja kena kurung sebab asek nak kejar ibu je..

Deeja dan ibu nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Acik Rozi dan Acik Maimunah kerana bagi pinjam bebikot ni walaupun tak pernah berjumpa dan bertentang mata sebab pinjam pun melalui Mak Cu Ayu.

Acik Rozi, nak tanya ni, nanti bila Deeja dah besar dan tak nak guna lagi bebikot ni, Acik Rozi nak lagi ke bebikot ni? Ambiklah balik...Deeja tak boleh simpan bebikot ni lama-lama, bukan apa, takut ibu ada bebi lain pulak nanti!!! Syyyh.. jangan cakap ibu tau!!

8 comments:

Rodziah Ahmad said...

Salam,
Acik Rozi sedekah saja. Sejak keluar dari rumah dulu, tidaklah ada niat utk ambil balik.... Alhamdulillah, masih berfungsi dengan baik, dan ramai bayi dah membesar di dalamnya.... Anak yg mula2 pakai babycot tu, dah umur 13 tahun... :-)

Rahayu said...

Alhamdulillah..baby cot masih berfungsi dgn baik... tq to Rodzi & Kak Chik...

Che Mid said...

Next!! Sape nak baby cot dari Deeja?? Cepat!! Makcu Ayu nak tak?

Che Mid said...

Rozi - che mid punya dulu pun ada, tapi dah main pas sana, pas sini tak tau kat mana sekarang. Bila nak guna untuk deeja, terpaksa pinjam Rozi pulak.. tqvm

Nizam Awang Brahim said...

Budok kecik ni sokmo nok ngejor je.Kan dah kene kurung.Tapi koi risau kepale lekat celoh pagor ter je.

Che Mid said...

JD - dia dah cuba dah pun...

nurul said...

assalam akak,
arap akak sefamily sihat2 hendaknya...
senang jugak ada bbycoat ni ye kak..
snang time kita nk wat keje...
sy anak 3 org nie mmg tk penah ada...

Che Mid said...

Nurul - Tu ha.. tengah duduk dalam 'kandang' sambil makan biskut dan tengok tv