Ads

Tuesday, March 29, 2011

Boyfrenku dah 50 tahun

Inilah dia boifren tercintaku - Fazli bin Husain

Tarikh lahir   - 26 Mac 1961

Tempat lahir - Nogoghi Sombilan (omak orang nogoghi, bapak orang Pahang). Membesar di Kuala Lipis.

Pendidikan - UITM grad tahun 1984. (Dapat tawaran jadi cikgu tapi tak jadi ambik. Kalau jadi, takde le jumpa che mid kut..)

Pekerjaan     - Keje kilang

Hobi   -   Menyanyi, karaoke

Makanan dan minuman kegemaran - lauk berkuah spt kari, lemak cili api. Air limau ais lebih limau satu!!

Warna kegemaran - yang tak berapa garang dan warna tanah


Apa yang dia suka buat -

1) Suka buat kerja rumah spt sidai kain ( panas terik ke, atau tengah malam pun tak kisah) dan repair benda rosak kat umah spt paip, lampu dsb

2) Suka menyusun atur rumah. Sofa nak letak macamana, TV nak letak mana, sampaikan reka bentuk langsir pun dia putuskan. Selalunya che mid kalah dalam bab ni..

3) Suka beli alatan dapur macam pinggan mangkuk, sudu garfu, balang dsb. Kalau ada tetamu datang dia cerewet tentang hidangan. Mesti sesuai makanan tu dengan pinggan cawannya.. hu mengalahkan pompuan

4) Bila memandu, suka makan jajan spt kacang, asam dll untuk mengelakkan mengantuk. Bayangkan berapa banyak dia makan kalau memandu dari KL ke SP!

5) Suka duduk rumah. Tak reti nak ngeteh atau ngopi di kedai mamak kecuali kalau ada hal kawan ajak. Hidupnya cuma kerja dan rumah. fulstop.

6) Amat mementingkan keluarga. Padanya, biar dia tak berduit, asalkan urusan anak bini selesai.


Amat pantang/ benci kalau-

1) Kena menunggu orang bersiap atau lewat. Padanya, biar orang tunggu dia dari dia tunggu orang. Jadi, masa bersiap nak balik kampung adalah saat yang paling tensen sekali!!

2) Tak suka masak kecuali masak air dan mi segera. Kadang-kadang buat telor 1/2 masak.

3) Tak suka cuci pinggan kecuali kalau dah takde orang lain nak cucikan.

4) Tak suka makan kerak nasi. Pantang betul!!

5) Tak suka makan sayur

6) Seboleh-bolehnya isteri kena layan hidang dan teman makan sekali. Dia takkan ambil sendiri kecuali terpaksa (che mid sakit atau terlalu lapar). Kalau che mid keluar, biasanya dia akan tunggu che mid balik baru makan.

Itulah dia suami che mid. Selamat ulang tahun ke 50. Semoga sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya. Amin.

Thursday, March 24, 2011

Laksa Kak Su Kuala Perlis

Patutnya lama dah tepek entri ni, tapi mendahulukan urusan lain atau pun keperlahanan broadband ku ini ... maka akhirnya setelah 2 bulan terperam silalah kengkawan menjamu selera..mata je..



Khas untuk peminat laksa - penuh sepinggan berkuah pekat untuk dijamu

Che Mid pergi pertama kali setelah dicadangkan oleh tuan rumah sewa kami yang tinggal di Perlis. Kedai ni tak berapa jauh dari jeti Kuala Perlis dan agak tersorok, tapi ada papan tanda buatan sendiri yang boleh dijadikan panduan. Kami guna cik GPS.. senang jumpa.

Rumah kedai dua pintu, besarlah tu kan, tapi cuma menjual laksa dan pulut inti saja. Maknanya memang bisnes baik punya!!

Cara hidang juga lain dari yang lain. Kuah laksa tak masam dan tidak pedas. Tetapi siap disediakan limau nipis dan cabai melaka di piring berasingan. Pelik sikit, kicap pun ada... Che Mid tak taulah pulak boleh makan laksa dengan kicap...


Deeja makan laksa semata-mata, ha dua-dua tangan sekali .. sedap betul.. tapi tengok bawah meja.. bertaburan laksa. Mesti tuan kedai bengang semacam je..
Pelanggan memang ramai, hampir tak cukup tempat duduk.. Che Mid rasa memang kedai ni terkenal sungguh la..


Ini gambar hadapan kedai. Bukan salah kamera tau tulisan atas tu tak jelas... memang orijinalnya pun macam tu..

Che Mid tak berapa minat laksa-laksa ni, tapi sebab dah mai duk Kedah ni, sana sini pakat juai laksa.. kenalah merasa selalu. Adab di tempat orang.. sama-sama merasa dan mencuba..betul tak!

Tuesday, March 22, 2011

Satu Senja Nan Gerimis

Situasi - Hujan renyai, sunyi sepi selepas Maghrib hari Selasa minggu lepas. Faris ditugaskan oleh Abahnya untuk membuka kereta untuk mengisi lagej.. nak balik kampung malam tu juga. Ahli keluarga lain berada dalam bilik masing-masing berkemas pakaian.

Gambar hiasan - keadaan luar kami di waktu siang

 
Selepas mengambil kunci, Faris pun buka pintu rumah, tanpa menutupnya semula. Dia bergerak ke arah pintu pagar dan membukanya luas-luas untuk kereta keluar nanti. Lepas tu, Faris berjalan pula ke kereta Ria kami nak buka pintu kereta. Selepas itu, dia pun memanjat sedikit pintu kereta untuk membuka 'carrier' di atas bumbung kereta pulak.

Masa dia tengah nak buka benda kat atas kereta tu, Faris terasa ada benda bergerak atas jalan raya depan rumah.. kecik je.. Berderau darah dibuatnya, Faris pun tergolong dalam kategori cepat takut jugak. Tapi hati tu nak gak tau, apa benda berjalan kat depan tu.

Faris pun memberanikan hati menoleh ke arah jalan raya. Apa dia nampak??

Masyaallah, budak kecik Deeja dengan selambanya berjalan terkedek-kedek, (kalau orang Jawa kata undak unduk..) buat deeekkk je..!! Abang Faris dia pun cepat-cepat berkejar tangkap Deeja, nasib baik takde kenderaan lalu lalang.

Faris terus jerit, "Ibu, adik keluar!". Che Mid tengok Deeja dah basah. Kaki ayam pulak tu..

Agaknya sebaik saja abang dia keluar rumah, Deeja pun ikut sekali. Senyap-senyap dia terus keluar pagar menghala ke kiri kemudian patah balik dan menghala ke kanan pula. Masa tulah Faris perasan ada 'benda' bergerak..


Gambar hiasan - Deeja tengah kemaruk jalan, main redah je..

Monday, March 14, 2011

Kronologi Pembedahan Tonsil, Telinga dan Hidung

Alhamdulillah, Che Mid dah pun selamat menjalani pembedahan dan hampir pulih sepenuhnya. Mari kita lihat kronologi pembedahan tersebut sebagai catatan peribadi yang boleh dikongsi bersama.

28 Februari 2011 bersamaan hari Isnin di Pantai Hospital, Sungai Petani bilik 208. Che Mid dimasukkan setelah mengadu pendengaran terganggu, resdung dan tonsil yang telah dijangkiti kuman. Anggaran kos pembedahan - RM16,000 (nasib baik guna insuran syarikat che abang ...)

Jam 8.30 pagi - Tiba di hospital seperti yang dijadualkan. Dah pun berpuasa sejak malam tadi. Daftar masuk tetapi dimaklumkan bahawa Doktor Irham tidak ada kerana ada kes mahkamah. Pembedahan dijadualkan semula jam 3 petang.

Inilah dia nama pakar ENT tu..


Tengahari baru dia jumpa Che Mid. Dia memutuskan supaya Che Mid menjalani Ct scan untuk melihat kondisi resdung, barulah keputusan dibuat samada membedah sekali atau tidak.

Akhirnya Che Mid dibawa ke Dewan Bedah pada jam 2.30 petang untuk menjalani pembedahan tosilectomy (buang tosil), myringotmony (telinga) dan antral washout (hidung)... 3 in 1.

Telinga Che Mid akan dimasukkan tiub halus untuk dijadikan saluran bagi mengeluarkan cairan pekat akibat jangkitan kuman dari tonsil yang menyebabkan Che mid tidak dapat mendengar dengan jelas. Tiub itu akan dibiarkan selama setahun dan ia akan keluar dengan sendirinya.

Doktor Irham akan menebuk sedikit dalam hidung untuk mencuci kotoran dan nanah resdung. Insyaallah, doktor kata resdung akan pulih selepas itu.


Jam 5.30 petang, Che Mid tiba semula di bilik. Baru sedar dari bius. Mula terasa sakit dan kepala berpinar-pinar. Fikiran bercelaru. Walaupun suami ada di sebelah, tapi mulut menyebut, " sakit... emak.. mak.." Suami terus menelefon mak untuk segera ke hospital. Yalah... walaupun dah bersuami dan beranak pinak, bila masa sakit.. emak juga yang dicari...


Bila dah dapat tengok emak dan abah, pegang tangan baru rasa tenang.

Sepanjang ibu tiada di rumah, Deeja tak mau makan dan susu. Sampai hospital, letak sebelah ibu, terus dia menyusu.. habis sebotol. Tak lama lepas tu, ibu bagi susu badan pulak... Deeja beria-ia menyusu sampai terlena.


Ha.. makanan pertama.. aiskrim. Berlatih menelan dengan seribu kepayahan. Alhamdulillah, telinga telah dapat mendengar semula dengan baik sebaik pembedahan. Hidung juga terasa lapang dan tiada lagi kahak.


Ini dia tonsil yang telah dikeluarkan.

29hb Februari 2011, Che Mid dibenarkan pulang bersama ubatan untuk tahan sakit, bengkak dan kahak, kumur-kumur, spray hidung dll. Sakit memang sakit pada tekak, tiba-tiba Che Mid dapat batuk-batuk pulak. Maka bertambah dasyatlah sakitnya, hanya Allah yang tahu. Emak, abah dan suami melihat penuh hairan dan kasihan.

Che Mid ke hospital semula untuk diperiksa batuk pula. Doktor membekalkan ubat kerana kahak resdung yang mahu keluar menyebabkan gatal. Hari ke 6 dan ke 7, sakit semakin menjadi-jadi. Akibat tak tahan sakit, Che Mid ambil ubat batuk lebih kerap dari dos yang dibenarkan, suami pergi ke klinik minta ubat tahan sakit yang lebih kuat... dan yang lebih dasyat.. Che Mid ambil ubat selsema supaya mudah tidur.

Tetapi Che Mid ikut pesan doktor supaya kerap makan untuk merangsang otot kerongkong bergerak dan cepat sembuh.

Seminggu Che Mid cuma makan aiskrim, bubur nasi dan biskut bersama air teh. Semuanya mesti sejuk. Pantang makan panas, pedas dan tajam seperti kerepek dsb.

Hari ke 9 dan seterusnya, sakit berkurangan tetapi badan dah nampak susut dan tiada tenaga. Tak apalah..

Menjelang 2 minggu, sakit dah mula reda.. alhamdulillah syukur sangat-sangat doktor sahkan Che Mid dah pulih, cuma ada lebihan darah kotor tersekat di telinga kiri dan telah diberi ubat titis.

Terima kasih pada suami yang bersusah payah mengambil 3 hari cuti  menjaga dan menguruskan Che Mid di hospital dan di rumah, juga emak, abah dan ayan sanggup datang dari Klang. Tak lupa pada adik-adik, anak-anak sedara dan sahabat realiti dan maya yang berdoa untuk kesembuhan Che Mid.

Akhir sekali, pengajaran kepada sesiapa yang mengidap resdung... berhati-hatilah jika anda juga mempunyai masalah tonsil. Kerana jangkitan boleh menyebabkan tonsil semakin teruk dan pendengaran terjejas.  Take care!