Di saat entri ini ditulis, Che Mid masih menanti saat-saat untuk bersalin. Semalam, 26 Januari adalah tarikh 'due' yang sebenar. Che Mid telah pun berjumpa doktor, dan diminta untuk menunggu seminggu lagi. Jika masih belum bersalin lagi, Che Mid akan ke klinik lagi pada hari Isnin depan iaitu 1 Februari. Pada 2 Februari 2010, Che Mid akan dirujuk ke Hospital Sungai Buluh dan pada 4 Februari pulak, kalau baby masih tak nak keluar lagi, kena induce la jawabnya.
Sebenarnya, pada hari Khamis lepas, Che Mid dah ke Hospital Sungai Buluh sebagaimana yang dinyatakan dalam entri yang lepas. Tetapi doktor kata, Che Mid boleh tunggu lagi walaupun Che Mid rasa sakit-sakit. Jadi Che Mid pun baliklah. Lama-lama rasa sakitpun semakin berkurangan.
Keseluruhannya, boleh dikatakan Che Mid sihat. Semalam pergi shopping di Giant Shah Alam untuk beli barang dapur. Elok pulak, baby dalam perut tak 'meragam'. Che Mid boleh berjalan dan ronda satu Giant tu tanpa masalah atau 'semput'.
Jadi, sekarang Che Mid banyak berehat di rumah. Berat badan makin bertambah jadi 75.4 kg. Ayan dah ambil alih tugas jadi 'driver' Farah dan Faris ke sekolah. Jugak beli barangan keperluan masak hari-hari. Jadi Che Mid tak perlu keluar rumah lagi. Nak duduk kat tempat driver pun rasa sesak.. he he.
Mak Che Mid bagi petua-petua orang dulu-dulu. Suruh makan kelapa dengan gula merahlah, lepas tu dia suruh Che Mid minum minyak masak dan ambil sikit sapu kat pusatlah... tak sanggup you..
Tapi Nyai (nenek) Che Mid kata... anak perempuan.. memang lambatlah.. dia tengah berdandan tu.. tak siap lagi!!
Mak Che Mid bagi petua-petua orang dulu-dulu. Suruh makan kelapa dengan gula merahlah, lepas tu dia suruh Che Mid minum minyak masak dan ambil sikit sapu kat pusatlah... tak sanggup you..
Tapi Nyai (nenek) Che Mid kata... anak perempuan.. memang lambatlah.. dia tengah berdandan tu.. tak siap lagi!!
Teruskan berdoa supaya Che Mid selamat bersalin ya!!
4 comments:
Salam Che Mid, semoga sihat..he he he tengah berdandan ye, make up Che Mid dah siap bagi ke belum...Take care
Salam, semoga Mid selamat bersalin nanti. Boleh tak Che Mid bagi alamat rumah if you don't mine I think I want to send you something.
Salam.... saya pun tertungggu-tunggu jugak.. dah bersalin ke belum Che Mid ni.... baby dalam perut belum bersedia nak kuar rupanye... apa pun semoga selamat melahirkan baby... lepas Che-Mid saya pula akan sambung... hu.. hu..
Salam,
Bagi semua yg menanti... tuan rumah xde, kita wakil tuan rumah lah... Che Mid dah bersalin mlm td, kul 241am... baby girl yg dah siap "berdandan" ala comei2... Congrats Sis... epinya kita, macam nak terbang from KL to Sg Buloh jer nak jumpa org baru..
From Mak Chu Ayu
Post a Comment