Ads

Friday, January 15, 2010

Tak Tau Takpe.. Dah Tau.. Naya!!

Baru-baru ni, dalam perjalanan balik dari hospital selepas bawa Farah check up, suami Che Mid hampir-hampir kena saman dek polis sebab gunakan henfon tanpa hensfri. Che Mid dan Farah pun ada sekali le.  Nasib baik polis naik motor tu cuma angkat jari telunjuk je.. kira amaran la tu..

Sampai di rumah,  Che Abang tergerak hati nak tengok lesen memandunya, sebab rasa-rasa nak mati dah lesen tu agak-agak awal tahun ni lah.. sebab dia last perbaharui 3 tahun lepas.

Punyalah terkejut campur tak percaya bila dia tengok lesen!!



Ha.. nampak tak tarikh luputnya?/ 04/06/2009. Maknanya dah setengah tahun suamiku tercinta tak de lesen memandu yang sah. Dah lah takde lesen, asyik kerje aut stesen memanjang, kejap ke Penang, kejap ke Gurun, kejap ke JB.. tu tak kira lagi balik kampung ke Lipeh.. Taim raya ari tu..pun dah takde lesen rupanya!!

Dia pun kabo le kat kite ni, macamana tak sangkanya dia yang lesen dah mati lama dah.. siap kata lesen tu salahlah.. gitu gini..bla bla... Dalam pada tu, Che Abang pun tanya la Che Mid ni ha, lesen kita bila pulak matinya?? Jeng.. jeng.. jeng. jadi kita pun jawab le dengan selambanya.. bulan 9 rasanya.. relak lagi tu tak sedar yang sekarang ni dah bulan 1..

Kebetulan hari Rabu lepas, Che Abang ambil cuti sebab nemankan Che Mid pergi klinik check up jugak.. ( hai.. entah bila baby nak kuar ni..! ) Terlanjur cuti, dia nak riniu lesen sekali lah. Che Mid pun kata.." Eh.. nanti sat.. nak tengok lesen juga la.. entah entah dah mati jugak".  Padan muka .. tengok la ni..




Masya Allah!! 14/09/2009.. dah tiga bulan mati ooi!! Tu la.. cakap orang pandai, diri sendiri pun sama gak!! Laki bini 2 x 5.. dua-dua dah takde lesen..

Saspen habis la hari tu. Cepat-cepat nak riniu. Mula-mula pergi ke Pos Malaysia di Tesco dekat dengan rumah. Sampai di depan Tesco tu, ada kereta Iswara yang dipandu oleh sorang pempuan nak keluar simpang. Eh eh.. terus je nak keluar. Che Abang pun hon kuat-kuat dan Che Mid pun jerit kuat-kuat. Che Abang brek kereta Atos kami tu. Kami pun tunggu je bunyi "BANG" eksiden. Huss.. nasib baik tak kena. Si Aci tu siap lambai-lambai tangan lagi.  Kalau eksiden camne?? Kami le yang salah... walaupun dia yang nak keluar simpang dulu.. sebab kami takde lesen!! Makin kecut perut Che Mid.. dan makin bengang lagi hasben I!!

Sampai di Pos Malaysia kat Tesco tu... takde pulak perkhidmatan riniu lesen. Dahlah hampir eksiden, tak dapat riniu pulak lagi. Kami terpaksa balik rumah dulu sebab nak hantar Farah ke sekolah petang.. dia ada latihan merentas desa pulak. Jam 2.30 petang, kami bertolak ke Pos Malaysia dekat Pasar Besar Klang pulak. Sampai je kat sana.. ada notis ditampal (lupa nak ambik gamba) " Maaf - tidak boleh perbaharui lesen di sini kerana tak ada slip". Ah.. sudah.. Tak banyak soal, kami bergegas ke Pos Malaysia Jusco Bandar Baru Klang pulak.

Terasa rasa je lagi nak eksiden. Macam tulah bila dah tau takde lesen.. memang rasa tak selamat. Nampak kereta polis lagilah kecut. Kalau tak tau lesen dah mati.. hmm ..setengah tahun berjalan satu Malaysia pun konfiden habes..

Punyalah susah paking kereta.. las las dapat paking, kena naik tingkat atas di Jusco tu.. sampai di Pos Malaysia.. pun sama juge.. "Tak ada stok slip untuk perbaharui lesen".

Ingatkan lepas tu dapatlah lepak di Old Town White Coffee, dah kering tekak ke hulu ke hilir tengah-tengah panas ni.. Che Abang ajak Mak Buyong semput ni pergi ke Pos Malaysia Kapar pulak.. jauh tu.. tapi Che Mid kata kita pergi terus ke JPJ Sungai Rasah. Takut-takut semua Pos Malaysia takde stok slip lagi...

Dari Jusco ke JPJ Sungai Rasah, takdelah jauh mana. Dalam masa 20 minit lepas tu.. kami dapat lesen baru, riniu setahun je dan bayar RM60 untuk 2 lesen. Masa tu jam dah nak 4.30 petang. Ish ish ..lambat sikit kalu, kaunter tutup..

Tapi yang bagusnya kan... tarikh lesen tu mula dari tarikh riniu la.. bukannya ikut tarikh luput. Maknanya.. selama ni kami tak de lesen free le.. Pegawai JPJ tu pesan, tahun depan bawa masa nak riniu tu, bawa gambar saiz IC, sebab nak isu kad baru dan nak tukar IC no lama kepada yang baru.





Sekarang, kami punya tarikh luput lesen tu sama - 12/01/2011. Tak payah nak cek tanya bila mati.. he he. Fuhh.. lega...

Oh.. gelakkan orang ya.. lesen awak tu bila mati???

7 comments:

Adnazthie said...

Salam Che MID,
Tak nak ketawakan dulu..jap ye nak buka purse ni..jap. Perggh selamat lagi tamat 04/10/2010.LEGA..dah boleh ketawakan ker..tak baik. Thanks 4 the reminder..

Roszana said...

Waduh2.....nasibaik aku yg selalu jadi driver kalu kita g dating....

Ayu said...

wakakakakakaka.... abang & adik pun sama jugak... acam pun hari tu berbulan xde driving license yg sah...tp x leh challenge abang sampai 6 bulan.. 1-2 bulan jer..
kena check ateh gak nih...

che mid said...

Adnaz - Cuba tanya che abang awak pulak.. dia kan selalu outstation jugak... jeng jeng jeng..

che mid said...

Ana - teruskan jadi supir ya buk!!

che mid said...

Ayu - Kalau Ateh tak de lesen takpe kut, polis Lipeh, Raub dan Dong dah kenal dia.. dah jadi penduduk tetap..

Jada said...

Grreat post