Ads

Wednesday, December 17, 2008

The making of Nana's wedding



Senyuman tak lekang dari kedua-dua pengantin, tanda gembira di hari bahagia mereka. Mari kita lihat di sebalik tabir pula..


Adik beradik dan ipar duai bergambar ramai. Berbaju sedondon tajaan dari bonda tercinta.


Nyaiku (kiri) dan adiknya bersedondon. Mulanya Nyai menolak untuk memakai baju tersebut dengan alasan terlalu garang warnanya, namun selepas dipujuk rayu, akhirnya bersetuju tapi dengan syarat dia tak mahu keluar rumah.


Para abang ipar (kecuali Ijam yang berjanggut di belakang) menarik nafas untuk menyorokkan perut masing-masing. Beruniform kuning pemberian mak mertua, sudah tentu kena tunjuk rajin sentiasa!! ha ha


Sebagaimana biasa emak akan menjadi 'wedding planner' seperti mana majlis adik beradik yang lain. Kami, kakak-kakak dan abang-abang cuma menjadi pelakon pembantu saja. Cuma semasa hari kenduri emak dah nak tumbang akibat selsema, maklumlah cuaca hujan lebih banyak dari panas.



Dari kiri; Acik, Adik, emak, Nor dan saya


Nor dan Acik menguruskan hiasan bilik pengantin dan khemah. Ain dan Adik Lina memastikan cenderahati untuk tetamu mencukupi dan saya serta suami menyediakan acara dan program. Kami turut menayangkan video sempena pernikahan dan kisah hidup kedua pengantin.


Kelihatan Acik dan Farah membantu menyediakan gula-gula dan jelly di malam pengantin.Adik Lina dan jiran-jiran berkumpul di rumah Normah yang dijadikan tempat mengumpul dan mengedar cenderahati tetamu. Di luar pula dijadikan tempat memasak dan membuat air minuman. Tempat mencuci cawan dan gelas juga di situ.


Makan beradab yang disediakan oleh orang rewang setelah orang yang sepatutnya menyiapkannya menarik diri di saat akhir. Bidan terjunlah ni!


Buah-buahan panjat dari anggur dan epal. Anggur tu sebenarnya stok adik Lina yang sedang mabuk mengandung tetapi telah dirembat oleh orang dapur untuk dibuat makan beradab!




Asyik bergaya disebelah kek perkahwinan ialah Ain, seorang lagi kakak Nana. Beruntung betul jadi adik bongsu ni, semua orang sanggup buat apa saja untuk si adik.

Hiasan di setiap meja bulat tetamu ini disediakan oleh Acik dan Nor. Comel dan romantis gitu!


Hiasan di meja bufet pun tidak kurang hebatnya. Tak lupa rojak buahku yang menjadi tarikan utama tetamu. Ewah.. masuk bakul pulak!! Menunya ialah nasi minyak dan nasi putih, rendang daging, ayam panggang, pajeri nenas, acar timun, sambal goreng tempe, rojak buah dan kuih muih. Air sirap special campur mirinda strawberry!! Hebat!




Ijam dengan kamera barunya. Baru nak belajar jadi 'cameraman'. Maka saya dan dia pun turut menyibuk kesana-sini mengambil gambar.

Adik Lina yang bertugas menjaga stok bunga telur kelam kabut apabila kotak telurnya pecah. Tapi saya dan Ijam bukan nak menolong, selamba aje kami snap gambar....



Tolonglah.. ambik cepat.. Ha ha kami buat-buat tak dengar, lagi snap gambar... kejam.. kejam


Emak menjemput tiga kumpulan marhaban. Kumpulan pertama pada petang Sabtu. kumpulan kedua pada malam minggu dan yang terakhir pada pagi Ahad.


Tiga orang sepupu berlainan bapa dan ibu duduk berborak. Ada iras-iras tak? Memang pun, semuanya cucu Nyai dan sepupu saya sebelah emak.

Tabik buat Imi yang sanggup tidak tidur malam untuk menjaga harta benda seperti periuk belanga yang disewa khas daripada kejadian tidak diingini. Imi ditemani oleh Ayan berjaga malam di khemah. Itulah sebab tak banyak gambar Imi, kerana ketika orang sibuk dengan pengantin Imi sedang tidur di buai mimpi. Syian.. dia..




Kumpulan Nasyid Nur Islam menunjukkan kehebatan bernasyid pada malam minggu dan siang Ahad diiringi minus one dan percussion. Yang berbaju merah tu, Ayan..



Sekali lagi beraksi depan kamera selepas selesai persembahan.


Gambar beramai-ramai semua cucu emak kecuali seorang sebelum bergotong royong di siang Ahad. Semua baju mak nenek taja. Cuma baju Ayan saja berwarna hitam kerana dia akan bernasyid sekejap lagi..

Kumpulan rewang yang terdiri dari jiran tetangga yang super sporting...

Abang dan Syukri yang bertindak sebagai juruteknik di P A System. Semasa bersanding, kami tidak menggunakan kompang sebaliknya menggunakan bunyian gamelan yang Nana beli di Jakarta. Memang kelas !!



Gang Puteri UMNO turut jadi penanggah. Amboi! merah sangatlah mak Ngah!

Ni apa hal lak ni!, pengantin dah potong kek, dia pun nak jugak!! Pasangan sejenis ke ni!! Selisih malaikat 44


Wajah gembira emak dan abah. Pada paginya, satu peristiwa lucu berlaku apabila tanpa disedari abah telah memakai baju dan seluar baju melayu berlainan warna sehingga ditegur oleh salah seorang menantunya. Patutlah abah merungut baju tu sempit, rupanya abah terpakai baju Ijam yang seakan sama warnanya.


Imi dan Farah beria-ia bergambar bersama-sama sambal goreng.
Ni anak manja walaupun dah beranak tiga. Nasib baik bangku tu tak pecah duduk bertiga.. eh.. tiga setengah orang!!



Wajah-wajah orang dapur, berkumpul di bawah khemah sambil memotong bahan masakan diselang seli dengan gurau senda dan tawa ria..

Lagi gambar untuk tatapan. Farah dan Huda bersedia di tepi tong nasi minyak.


Saya dan suami leka berposing hingga tak sedar Ayan menyelit di belakang kami.



Acik dan suami bernama Abdul Jamil. Kebetulan namanya serupa dengan dengan nama Abah. Jadi ada tetamu dah tersalah anggap, disangkanya si menantu itu empunya kenduri!!



Adik Lina dan suaminya Khairul yang juga menantu tertinggi. Gelaran 'Anjang' untuk Khairul. Kalau bab pasang langsir.. memang dia orangnya!


Cute kan gambar ni!, bebudak ni tengah meratah ayam panggang yang menjadi hidangan utama.


Gambar terakhir untuk posting ini. Kesemua lapan beradik dan ipar baru bergambar sama. Alhamdulillah, semua telah berganding bahu dan berhasil merealisasikan majlis yang indah dan meriah!



2 comments:

Rinnchan said...

salam,
Laaaa... ida pun ada kenduri kawen gak ke??? Bertuah sibongsu tu ya. Berhabis-habisan seluruh ahli keluarga untuk memastikan majlis akan menjadi kenangan terindah sepanjang hayat. Tak dengar pun ida citer adik nak kawen. Apa pun, tahniah buat ida sekeluarga dapat adik ipar baru. Adik bongsu Rinn masih lambat lagi..Habis awal pun mungkin lagi empat lima tahun... Ida tak jemput ke kenkawan SMTIS kita?? Tak nampak pun gambar2nya..

Che Mid said...

Memang tak bagi tau sesiapa pun sebab dah tau mesti tak boleh datang punya, kan dah berkumpul di rumah Rin hari tu.. takkanlah nak ajak balik kampung lagi. Roszana yang dekat pun tak de sebab bercuti ke PD.

Alhamdulillah, agaknya sejuk perut mak kita tengok anak-anak yang dilahir dan dibesarkan dapat sepakat macam tu kan. Emak Rin tentulah rasa lebih lagi... membesarkan anak sendirian. Harap-harp kita esok pun macam tulah jugakan