Ads

Saturday, December 6, 2008

Selamat Bersunat

Pada 30 Disember 2008, telah berlangsung program khatan beramai-ramai di Taman Dato' Bandar. Seramai sepuluh orang anak-anak TDB dan seratus lebih lagi dari serata Meru telah mengambil bahagian.
Pada hari Sabtu malam Ahad pula diadakan majlis berarak diiringi selawat dan deretan bunga pahar, diikuti dengan khatamul Quran oleh peserta khatan di surau Al-Faizin bersaksikan kaum keluarga dan jiran setempat. Jamuan nasi minyak pula menjadi santapan tetamu.
Sayang sekali tiada visual untuk paparan ini kerana saya berada di Semai Semoi ketika itu (posting dibawah). Namun saya telah menziarah beberapa orang anak-anak ini dan diambil gambar untuk tatapan.

Gambar pertama ini ialah adik Ahmad Fariz Syamin bin Shamsuddin, seminggu selepas bersunat. Nampak sihat dan ceria ketika majlis marhaban diadakan di rumahnya pada 6 Disember. Di belakang kiri ialah ibunya Puan Saidah, nenek saudara dan wak kesayangan, Kak Mon.
Riang kerana dapat main video sepanjang masa 'berpantang', adik Muhd Anuar Hasnizam dikediamannya. Ibunya, Puan Zehan tentu berdoa semoga Nuar akan jadi lebih berani dan macho bila dah sembuh nanti.

Gambar Muhd Haziq Ahmad Rozi di tempat pembaringannya. Berangkut semua kelengkapan tidur ke ruang tamu. Haziq ditemani abangnya, Hazim tidur di situ. Ibunya, Puan Ani berkata Haziq suka makan bubur dengan ikan bilis saja ketika bersunat ni. Tak kisahlah, janji baik.
Satu lagi anak yang saya ziarah tidak dapat diambil gambar kerana ketika itu Along (lupa nama sebenar) sedang menangis kesakitan. Along bertengkar dengan adiknya lalu adiknya menekan 'anunya' menyebabkannya menangis kesakitan. Tak sampai hati la pulak saya nak ambil fotonya.
Inilah antara paparan aktiviti kemasyarakatan TDB pada hujung tahun ini.


No comments: