Ads

Tuesday, December 9, 2008

Aidil Adha di Lipeh



Berita runtuhan banglo di Bukit Antarabangsa memang amat menyedihkan. Seolah-olah ia satu skrip drama yang akan diulang-ulang selepas beberapa waktu.

Kedudukan rumah mertuaku di Sungai Kerpan, Kuala Lipis, Pahang terletak di puncak bukit, di bandar Kuala Lipis. Dalam perjalanan pulang ke kampung sempena Raya Haji lalu, memang banyak terjadi tanah runtuh; samada di lereng bukit atau di tebing sungai. Ditambah dengan hujan yang boleh dikatakan sepanjang masa, kami menyelusuri banjaran Titiwangsa demi ibu bapa tercinta.




Ini ayah mertuaku. Menjadi hobinya untuk untuk masuk dapur selepas makan untuk mencuci apa-apa yang belum tercuci. Tidak dapat memandang dengan mata kasar, abah melihat dengan mata hati....





Ini mak mertuaku. Darah tinggi naik pula masa raya-raya ni. Mungkin itu sebab nampak tak bermaya dan kurang bercakap. Tapi digagahi juga memasak rendang dan kuah kacang untuk santapan pagi raya. Lemang pula kami bawa dari KL dan Klang.


Cucu-cucu mak yang tinggal di Lipis, rapat dengan mak tapi tak rapat dengan sepupu lain yang tinggal di KL, Shah Alam dan Klang.




Ini 3 biras; Ayu, La dan Mid. Dah bersiap nak balik ke bandar.





Ini 3 bujang lapoknya.. Ateh, Abang dan Acam, si bongsu. Dah namanya adik beradik, bajunya pun macam samaaaa je.. Sesekali berjumpa macam budak-budak, sekalipun dah beranak pinak.





Ni, si haji bakhil nak berangkat pulang. Ponjot di atas tu bukannya bekalan sepanjang jalan, tapi baju-baju tak cuci..





Ini babak paling lucu.. masing-masing menutup kepala dengan apa yang ada sebab hujan dah turun!! .. angkat kain di jemuran!! em em em





Cepat-cepat!! hujan tambah lebat!!



Inilah sahaja cerita raya ni, tak banyak shot gambar sebab tak banyak adegan menarik...

No comments: