Ads

Tuesday, December 9, 2008

Sambal tempoyak jering Pahang

Fulamak, sedap betul sambal ni. Masa biras saya masak mula-mula dulu, saya tak heran sangat nak nengok, ala macam sambal biasa je. Tapi bila buat sendiri kat rumah la.. tak jadi.
Lepas tu, balik raya haji baru ni, biras saya, La, macam tau-tau aje, dah stand by dengan jering tuanya. Apa lagi, saya tengok langkah demi langkah. Dan makan pun, berlangkah-langkah... sampai sakit-sakit perut dibuatnya... Orang lain makan nasi himpit dengan kuah kacang, kita makan dengan sambal tempoyak!!
Jom tengok resepinya!!

Bahan yang paling penting tentulah jering, kalau boleh cari yang dah tua berakar dan merekah macam dalam gambar, di KL mungkin susah sikit nak cari, tapi di Lipeh to memang mudah kot.. Mula-mula dulu saya takut nak makan sebab takut baunya yang tak terhingga...


Lepas tu, buang kulit nipisnya dan kemudian dihiris nipis macam ni, dah tu goreng sekejap dan asingkan.

Bilis agak-agak 2-3 genggam, ditumis dengan 2 biji bawang besar yang telah di potong bulat-bulat dan kasar-kasar. Tumis hingga layu. kemudian masukkan cili api dalam 20 biji yang telah ditumbuk halus. Api perlahan aje, jangan gelojoh sangat..


Lepas tu masukkan tempoyak dalam 3 - 4 sudu besar yang telah dibancuh dengan 2 cawan air.


Tambah garam dan sedikit gula. Kacau dan kacau lagi hingga pekat.


Ha, inilah dia rupanya. Tak berapa jelita.. tapi ghasenye.. fuhh.. kalau makan dengan nasi panas, dah tak payah lauk-lauk dah! Yang bagusnya lagi, bau jering dah tak de sangat sebab dah bercampur dengan tempoyak. Lagi pun, jering tu kan dah digoreng dulu tadi, jadi apa lagi sental ajelah!!
Terima kasih pada La, birasku, yang pemurah dengan resepi. Kuah rojak yang saya jual tu pun, dialah tuan empunya resepinya...

No comments: