Dalam sebuah hadith dikatakan: "Rasulullah saw bersabda: "Puasa dan (rajin membaca) al-Quran, kelak pada hari kiamat dapat memberikan syafaat (pertolongan) kepada hamba. Puasa kelak akan berkata; "Ya Allah, ia tela menahan dirinya dari makanan dan hawa nafsunya, maka jadikanlah saya sebagai penolongnya." Al-Quran juga kelak akan berkata; "Ya Allah, ia telah rela meluangkan waktunya untuk tidak tidur pada malam hari (kerana membaca al-Quran), maka jadikanlah saya sebagai penolongnya (pemberi syafaat) ." Lalu puasa dan al-Quran pun, berkat izinnya menjadi penolong bagi hamba tersebut." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
Che Mid telah menghadiri program Ihya' Ramadhan peringkat Masjid As-Syarif Meru pada 29 Ogos 2009. Sepatutnya jadi pembantu pengerusi majlis, tetapi pengerusi orinya uzur dan tidak dapat hadir. Maka Che Mid paniklah kejap sebab tak pernah-pernah jadi emcee dalam masjid yang dihadiri olah tokoh ilmuan dari masjid negeri. Kalau tau lebih awal boleh sediakan teks cantik-cantik sikit...
Pengisian program antaranya solat dhuha, hajat dan tasbih, tetapi didahului dengan ceramah Ramadhan oleh Ustazah Noriah. Memang sesuai sangat penceramah dengan sifat lembut dan penuh keibuan... terasa setiap patah perkataan masuk terus dalam kalbu. Satu perkara yang Che Mid belajar ialah Ustazah menyarankan apabila berlaku kematian, saudara terdekat membacakan surah al-Baqarah sejurus selepas jenazah dikuburkan dan sedekahkan kepada simati semoga dapat 'membantu' roh yang baru bertemu malaikat munkar dan nangkir. Jangan sibuk-sibuk fikir nak makan untuk majlis tahlil je...

Barisan ajk Biro Wanita masjid sedang bertugas..
Jemaah sedang tekun mendengar ceramah
Diikuti dengan majlis tadarus al-Quran. Hampir 250 orang muslimat hadir di majlis yang bermula pada jam 8 pagi hingga hampir 3 ptg itu.
Bondaku turut menjadi penyemak sedang mendengar jemaah membaca al-Quran.
Kumpulan pembaca dibahagikan kepada 30 kumpulan; satu kumpulan akan membaca satu juzu'.
Kumpulan pembaca dibahagikan kepada 30 kumpulan; satu kumpulan akan membaca satu juzu'.
Gambar ini pula menunjukkan program munajat juga anjuran Biro Wanita masjid yang diadakan pada minggu berikutnya, 5 September. Juga didahului dengan solat sunat dan bacaan yasin, disusuli dengan forum tentang kaitan puasa Ramadhan dan balasan syurga dan neraka. Panel terdiri daripada Ustazah Norhasyifa dan adiknya Ustazah Norhashimah manakalan seorang lagi adik mereka menjadi pengerusi forum. Kabarnya, dalam keluarga mereka ada 5 atau 6 orang menjadi ustazah dan masing-masing tidak lokek meluangkan masa melakukan aktiviti kemasyarakatan demi kemajuan muslimat khususnya.
Jemaah wanita tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing mendengar kehebatan syurga dan gerunnya membayangkan suasana neraka..
Jemaah wanita tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing mendengar kehebatan syurga dan gerunnya membayangkan suasana neraka..
Tapi yang istimewa sekali Che Mid berjumpa semula dengan rakan sekelas yang dah sekian lama tak jumpa. Mungkin dari lepas SPM kut.. Inilah dia Norarizah seorang guru yang sebelum ini bertugas di Sabah. Baru balik mengajar di kampung sendiri sejak beberapa bulan lepas.
Okay dulu ya, sahabat semua ada tak bangun malam bertahajud dan bermunajat kepada Allah swt.. Alhamdulillah kalau ada teruskanlah.. Kalau ada yang belum, cuba tips ini... Bangun pagi untuk bersahur, terus ambil wudhu'.. kita panaskan nasi dan masak air dulu. Kemudian solat sunat tahajud 2 rakaat sekurang-kurangnya. Kalau sempat boleh berdoa panjang sikit dan buat solat hajat dsb. Kalau tak sempat takpe.. sambunglah tugas untuk siapkan bersahur. Selepas sahur, semasa menunggu azan subuh, kita sambung lagi solat sunat yang belum buat.. taubatke.. ataupun baca al-Quran.

Sekurang-sekurangnya sahur dapat qiamulail pun dapat walaupun dah agak lewat. Semoga kita tak sia-siakan 10 malam terakhir Ramadhan ni. Che Mid dan gang dekat rumah guna sms untuk saling membangunkan dari mimpi enak... Jam 4.30 pagi akan ada sms masuk, " Jom, bangun qiam" dari sahabat yang dah terbangun dulu. Lepas tu Che Mid forward pulak pada kawan lain...
Selamat berqiamulail!!!
No comments:
Post a Comment