Satu hari saya terdengar pengumuman dari surau yang meminta penduduk setempat menghulurkan derma bagi membiayai penyakit salah seorang anak penduduk taman kami. Rupa-rupanya pesakit yang dimaksudkan ialah adik Haris Zikry Jumani, 9 tahun yang menghidap penyakit mid penile mypospudius iaitu tanpa saluran kencing. Terdapat satu lubang dibawah zakar untuk membolehkan air kencing keluar. Adik ini memang nampak sihat tapi rupa-rupanya berpenyakit.
Rupanya Haris ni anak kepada Puan Siti Rozaliza, kawan Che Mid jugak. Dia juga telah menziarah Che Mid ketika kemalangan jalan raya tempohari. Adik Haris dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dibawah pengawasan Dr Azlan dan Dr Zakaria di pusat Paedatrik dan telah menjalani beberapa siri rawatan dan pembedahan termasuk membentuk saluran kencing yang baru dengan menggunakan sebahagian kulit badannya yang telah dijalani pada 10 Julai lalu.

Kelihatan anak sulung dari tiga beradik ini sangat manja dengan ibunya ketika pihak Helwa menziarahi mereka di rumahnya sebelum Ramadhan yang lalu. Kami memang tak pernah mendengar penyakit sebegitu sebelum ini. Sesungguhnya Pn Liza sekeluarga sedang diuji Allah swt melalui penyakit yang dihidapi anaknya ini. Sejumlah wang yang agak besar diperlukan untuk perbelanjaan rawatan dan pembedahan. Malangnya, ia tidak boleh dituntut melalui pihak insuran kerana penyakit ini dialami sejak lahir.
Puan Zainon, Timbalan Pengerusi Helwa sedang menyampaikan sumbangan ikhlas kami. Semoga sumbangan tidak sepertinya ini dapat membantu meringankan beban mereka sekeluarga. Kami doakan semoga adik Haris sembuh jua satu hari nanti walaupun doktor tidak menjanjikan yang penyakit ini boleh sembuh sepenuhnya. Jika ada sesiapa yang ingin membantu, bolehlah menghubungi Che Mid di email hmj_66@yahoo.com
No comments:
Post a Comment