Ads

Wednesday, September 30, 2009

Makan-makan raya di Kuala Lipis



Kami tiba di kampung pada hari Sabtu, hari terakhir sebelum raya, ketika menghampiri waktu berbuka. Pak Langnya menyediakan mee sup tulang istimewa. Tengok gambar di atas, Pak Lang dengan bapa mertua beradu menggigit tulang...

Pak Cu dengan Ayan berkongsi pinggan rendang ayam pencen kiriman mak nenek Meru. Sedap betul nampaknya mencecah roti pada si rendang tu..


Juadah wajib di pagi raya. Pak Ngah, Pak Cu dan Pak Teh membeli lemang dari rumah masing-masing. Jadi ada lemang Klang, lemang Wangsa Maju dan lemang Lipis.


Ini rendang ayam Mak Lang, tak guna kerisik tapi bubuh kelapa kisar terus..


Lontong original dari Meru kesukaan ibu mertuaku. Che Mid tempah 40 batang dengan RM1 sebatang. Dengar cerita di Shah Alam harga sebatang RM2.50! Huh.. ramai juga peminat lontong ori ni ya!

Rendang daging hitam Mak Teh, yang menyebabkan hitam tu ialah bawang yang dibubuh sama banyak dengan jumlah daging. Kalau daging tu 2kg, maka bawang pun 2kg juga. Lepas tu kacau jangan berhenti.. takut-takut hitam bukan sebab masak elok, tapi sebab hanguih!! Tapi memang best rendang ni..
Kuah lontong ni dimasak oleh Mak Ngah. Bahan-bahan dibawa khas dari Klang. Tapi malangnya mak mertua tak makan pun sebab dia kata tak de sambal tumis, tak kena gaya kalau makan dengan kuah kacang yang Mak Lang buat. Dia nak buat sendiri tak larat lah pulak..


Ini hidangan hari raya kedua. Awal pagi lagi dah buat sebab dah nak balik Klang dah. Jadi kira untuk sarapan pagilah ni. Bahan-bahan ni dah standby dari rumah lagi, jadi taklah terkejar-kejar cari raya-raya ni.




Spaghetti ni Che Mid guna tomato segar sebagai asas sosnya. Campur dengan fishball, sosej dan cendawan tin. Lepas tu tambah lada benggala hijau dan merah. Pedaslah sikit sebab sebelum tu dah masukkan cili kisar. Sengaja Che Mid buat masam sikit supaya tak cepat muak. Tapi Che Mid tengok kanak-kanak pun boleh makan.. kira ok la tu..



Sementara kami sibuk makan spagheti ni, Mak Lang dan Pak Lang sibuk menyiapkan menu tengahari yang terpaksa dimasak awal sebab tahu ada adik beradik yang nak berangkat pulang. Che Mid tak berapa minat nasi minyak ni tapi yang Pak Lang buat ni memang sodap. Abah pun sibuk perturunkan ilmu macamana nak sedapkan nasik ni..

Jelatah timun dan nenas pun Pak Lang yang buat ni. Sorilah tak tolong didapur, sebab dua chef dah 'concur' dapur yang comel tu.. tak muat dah untuk yang lain turun padang!!

Dalca ni disediakan oleh ibu mertuaku. Memang kenalah dengan nasi minyak tu. Rasanya sederhana je, tak lemak dan tak cair sangat.. sedang eloklah..

Papadom ni yang paling laku sekali. Belum apa-apa dah habih dikerumuni anak cucu.. Inilah menu kami pada hari raya ni di Kuala Lipis!!





2 comments:

Adnazthie said...

Wah Che Mid, meriahnyer.

ella said...

salam..saya rahila dari kajang...boleh saya tanya, akak tempah lontong tu kat mana? sy berminat utk tempah gak, utk raya tahun ni.... kalau akak tak keberatan utk SMS tempatnya di Meru tu..boleh send massage ke[pada saya iaiatu rahila - 0192440217...terima aksih