Ads

Friday, September 11, 2009

Kali pertama berbuka di Singgahsana

Minggu lepas, Che Mid sekeluarga konon-konon pergi shopping... kalau nak ikutkan tak banyak lagi nak beli, tapi saja jalan-jalan ikut Ayan yang beria nak ke Sunway Pyramid. Lepas tu, mulalah menggelabah nak cari tempat berbuka, che abang ajak ke Restoran Cheng Ho sebab ibu teringin sangat nak makan Chinese, tapi dah 'fully booked'. Jadi, kami bua tempahan di Singgahsana Hotel .. sambil berbuka bolehlah jugak tengok Rabbani yang buat persembahan kat sana tu..
RM52 seorang, berkonsep Satu Malaysia. Memanglah macam-macam ada, alhamdulillah, ibu pun boleh juga makan sebab ada banyak pilihan. Ingatkan ada Rabbani rupanya Hijjaz yang menggantikan kumpulan tu. Nasib tak baik kami dapat tempat duduk di luar, jadi tak dapat nak tengok Hijjaz tu 'direct' dari meja kami. Nasib baiknya pulak, suara mereka didengar dari luar lebih sedap dan tak bingit sangat jika dibandingkan dari dalam. Okay la jugak, namun tak dapek ambik gambo... Tula bebudak ni.. suruh ambik.. nanti.. nanti.. makan... makan.. last-last.. nak pegi ambik punya taim.. dia orang habeh persembahan...

Ibu dan anak tunggu meja sebab abah sedang buat pembayaran. Kami pergi berlima dapat satu lagi baucer free untuk datang lain kali.. Sape nak angkat tangan!!


Ayan dan Farah suka sangat martabak dan roti john. Kat rumah pun itu, kat hotel pun itu gak...



Tengoklah muka ibu tu.. dah pucat lesi berjuang menahan puasa. Alhamdulillah sepanjang Ramadhan ini Che Mid dapat puasa penuh setakat ini. Minta-minta dapat bertahan sampai akhir Ramadhan..




Faris pulak pantang tengok kuey teow atau mee goreng... dan al-kebab...



Tapi ini 'plesan seprais'.. che abang. 'Ex kelig' dia rupanya duduk meja sebelah. Apa lagi... berbual bagai nak rak lah..


Berbuka dan solat maghrib di Singgahsana. Tulah sekali cuma berbuka di luar. Hari lain di rumah je..






No comments: