Ads

Monday, July 4, 2011

Yang Muda Memberi, Yang Tua Menerima

Ahad, 26 Jun lepas, Che Mid telah menemani suami ke Sik, Kedah di dalam program anjuran Kelab Motor Naza. (Kami tak le naik motor...) Para peserta bertolak dari Gurun ke Sik sehari sebelum itu dan menginap di Keda Resort, Kg Bendang Man, Sik.

Para peserta sedang membaca doa selamat sebelum berkonvoi jam 6 petang 25 Jun. Walaupun tidak berapa ramai, tapi Che Mid bangga dengan kesungguhan dan semangat setiakawan ahli-ahli kelab ini. 

Inilah Keda Resort Kg Bendang Man tempat mereka bermalam. Cantik tempat tu. Kebetulan, musim buah-buahan dah bermula. Pokok durian dan manggis berbuah lebat di sana sini.

 Kira-kira jam 11.30 pagi Ahad, konvoi tiba di Kg Bendang Man untuk menyampaikan sumbangan kepada 20 orang penduduk kampung yang telah sedia menanti. Kelihatan anak-anak muda berjiwa besar ini sedang memindahkan sumbangan dari van pengiring ke meja khas.

 Sumbangan terdiri dari barangan makanan seperti beras, gula, susu dan biskut akan bertukar tangan

 Salah seorang daripada warga emas sedang menerima sumbangan


Si kecik Deeja tak kurang sibuknya...

Bergambar ramai ahli Kelab Motor dan penerima sumbangan

 Peserta konvoi turut meluang masa menghantar penerima pulang ke rumah selepas majlis selesai

 Rezeki - Tidak lama selepas itu, kami dijamu dengan durian kampung. Oleh kerana tiada pisau, durian dibuka menggunakan kunci dan pemutar skru! Merasalah kami durian baru gugur!!

Che Mid mengabadikan gambar bersama dua orang penerima sumbangan

Che Mid dan suami terus pulang ke Sungai Petani sejurus selesai majlis. Peserta konvoi meneruskan perjalanan ke Lata Bayu untuk mandi manda sebelum bertolak pulang. Kami menolak ajakan untuk turut serta kerana ada tetamu akan bertandang ke rumah. 

Dengar khabarnya, kepala air telah berlaku di air terjun tesebut. Mujur kesemua mereka terselamat selepas salah seorang dari mereka yang berada di tempat tinggi terlihat air deras dan keruh mula turun, lantas menjerit meminta semua pengunjung naik ke tebing.

Sewaktu keadaan kelam kabut, seorang pemuda berbangsa Cina berpatah balik ke dalam air untuk mengambil bajunya yang tertinggal lalu dia dihanyutkan air deras. Mujurlah pasukan PGA yang kebetulan sedang berkhemah membantu dengan mencampakkan tali untuk pemuda itu berpaut. Kalau tidak...

14 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Amalan yang murni patut diteruskan.

CekWa said...

sedapnya dapat makan duriannn!

AzMaslenda said...

seronok jugak buat kerja2 baik macam ni. Resort tu cantiklah che mid.

NiezaMan said...

Best kan dpt join buat perkara2 yang baik2 ni..
P/s : suka tgk gambar family che Mid tu..nampak meriah

Kakzakie Purvit said...

Assalamaualikum Che Mid,

1. Berbaju kuning nasib tak kena tangkap. Hehehe (gurau je tu...)

2. Hendak seribu daya. Kunci & pemutar skru pun boleh guna bila perlu

3. Allah ank beri bencana tak kira masa. Nasib tak ada kejadian buruk

4. Deeja... auntie suka lihat awaklah sayang. cute dalm kesibukan org dewasa. Boleh jadi wakil rakyat!!

Anaasuria said...

haha..awal2 lagi deeja dah didedahkan dengan amalan mulia... :) moga besar nanti jadi pemurah jugak..

syariza09 said...

untung kak dpt merasa durian fresh, sib baik la boleh buka w/pun x dak pisau...kepala air tu x leh wat main2, bahaya tu

Che Mid said...

Nizam - Betul tu, Walaupun nilai tak seberapa, tapi bila berpindah tangan puas hati jelas terlihat di wajah

Che Mid said...

Cekwa - Nantikan entri khas pasal 'DURIAN'..

Che Mid said...

Azmask - Memang cantik dan penuh dengan pokok buah-buahan. Betul- betul sunyi dan menenangkan.

Che Mid said...

Niezaman - Che Mid tak join.. tukang ambik gambar pun jadilah...

p/s - Gambaar di ambil di Empangan Tasoh, Perlis.. Niezaman dah sampai ke?

Che Mid said...

Kak Zakie

Waalaikumsalam

1. Entah.. sesaja je pilih warna tu..boleh pakai di lain masa dan tempat kut hi hi

2. Nak bawa balik, takut berbau kuat, apalagi tak menyempatla..

3. Nasib baik tak bawa Deeja ke situ juga, Alhamdulillah

4. Setakat ni Alhamdulillah, Deeja memang good girl, tak meragam dan sentiasa disukai orang. Masin mulut acik, Deeja jadi YB besar nanti!

Che Mid said...

Anaa - Selagi tak merosakkan majlis, bolehlah bawa Deeja. Dari awal lagi dia ok. tapi bila durian je menjerit suruh buka nak makan..

Che Mid said...

syariza09 - Tu yang seronok pergi dengan orang muda-muda.. apa-apa pun ok je..