Apa tu?? Sebenarnya itu adalah nama resepi masakan negara Kemboja. Che Mid tengok rancangan masakan di Astro, ala lupa pulak nama program tu..., tapi dihoskan oleh Farah AF. Rupa masakan ni tak lah glamor mana, tapi rasanya memang sedap. Mula-mula Che Mid cuba dengan setengah ekor ayam je.. tapi oleh kerana sambutan sangat menggalakkan dari anak dan hasben maka dengan penuh sukacitanya Che Mid buat lagi dengan seekor ayam esoknya. Pun 'sold out' jugak. Tak taulah kenapa laku sangat... samada resepinya memang bagus atau tukang masak yang terer.. he he
Bahan-bahannya :-
1/2 ekor ayam dipotong kecil
5 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
15-20 tangkai cili padi
2 ketul kunyit
2 batang serai
2 sudu besar gula nira (Che Mid gula merah)
Garam
3 helai daun limau purut
Minyak untuk menumis
Tumis bawang besar, bawang kecil, cili padi, kunyit yang telah dikisar kasar. (Ditumbuk kasar lagi bagus). Masukkan serai yang telah dititik dan daun limau purut. Bila dah layu, masukkan ayam dan sedikit air jika kering sangat. Bila hampir masak tambah 2 cawan air dan garam serta gula nira. Bila dah kering airnya bolehlah angkat.
Yang istimewanya ayam cakreng ni ialah ramuan akan meresap betul ke dalam ayam kerana ia dimasak hampir kering dan agak lama. Masakan ni tak berkuah dan rasa manis lain sedikit kerana menggunakan gula nira.
5 comments:
Nasib koi makan awal tadi weh...
salam kak hamidah,
seronok baca entry masakan kak. saya hop2 dr rumah ijan, blogresipi.com. kalu ayam masak brcili api camni, sah2 My Hubby suka. saya masuk list dulu. Mitak izin lin ya, kak.
JDesa - makan lagi apa salahnya we..
indah - silalah ... akak pun dah singgah umah awak.. salam ukhwah
salam akak,mesti sedapkan..nanti liza try..
Post a Comment