Ads

Friday, March 12, 2010

Sibuk Memanjang Sejak ada Deeja

Malam tadi sebelum tidur sempat berbual-bual lama sikit dengan Che Abang selepas Deeja lena. Sesuatu yang sukar sikit dilakukan sejak ada Deeja, kerana perhatian dan masa kami banyak tertumpu pada Deeja.


Lena sungguh budak kecik ni!!

Abahnya bagi tahu betapa dia gembira sangat-sangat sejak Deeja lahir. Memang Che Mid perasan sejak Deeja lahir, perkataan syukur dan Alhamdulillah selalu keluar dari mulut abang. Dia bersyukur sangat Deeja lahir sempurna dan comel. Che Mid pulak tidak menghadapi komplikasi yang teruk, malah abang rasa Che Mid tak seteruk dibandingkan kelahiran sebelum ini. Disebalik faktor umur dan tanggapan awal tentang kelahiran lewat usia yang menghantui fikiran kami sepanjang masa mengandung, itu tidak berlaku malah kami diberi kemudahan yang mungkin lebih baik dari ibu yang lebih muda.

Masa di hospital, abang menunggu dari pukul 11.30 pagi 2 Februari hingga jam 3.30 pagi esoknya. Che Mid suruh dia pergi makan tapi dia kata langsung tak lalu makan. Balik rumah pun cuma untuk mandi sekejap dah datang balik di hospital. Padanya, selagi semuanya tak selesai dengan selamat dia takkan senang hati.

Abah works from home with boss on his lap

Sekarang ni, suka sangat abang melayan kerenah Deeja. Dengar tangisan dan rengekan Deeja pun sedap je didengar, cepat-cepat pi terkam. Biar penat macamana pun seronok lain macam dapat berborak tengok Deeja. Suratkhabar sekarang ni pun, tak pernah habis dibaca sebab tak sanggup nak biarkan Deeja 'main' sorang-sorang. Menghadap laptop nak check email pun tak sempat dah.


Abah no more working.. boss already angry.. waa cannot la like that..

Tidur malam pun dah tak selena dulu sebab Deeja kadang-kadang bangun tengah malam. Kalau Deeja tak puas susu badan, Abahnya kena turun ke dapur buatkan Deeja susu S26. Bila nak pergi kerja, tak puas-puas cium Deeja, macam tak nak pergi kerja pulak. Tapi yang herannya, orang kat ofis kata abahnya sekarang muka berseri-seri sejak ada baby baru ni. Sampaikan ada kawan ofis kata dia pun nak ada baby lagilah..



Ayan, Farah dan Faris pun semakin sibuk melayan Deeja. Sejak awal lagi, Ayan yang paling berani  mengangkat Deeja, dah jadi macam mainan pulak Che Mid tengok. Sampai menangis Deeja dibuatnya. Faris pulak curi-curi dokong Deeja taim orang tak nampak, si Farah cuma berani cuit pipi je. Baru-baru ni je konfiden dokong Deeja.

Masing-masing panggil Deeja 'Adik'. Si Faris pulak memang Che Mid dan abahnya selalu panggil dia Adik. Kadang-kadang bila panggil Deeja 'adik', Faris pulak tak pasal-pasal menyahut .. mana tau akan ada adik lagi selepas Fariskan! Konfius konfius..

Deeja pakai baju mix & match - baju dan topi dari kak Azyan, sarung tangan dan seluar orang lain bagi.

Che Mid pulak masih terkial-kial mengejas masa - mana nak mandikan Deeja, mandikan diri sendiri, pakai bengkung, layan tetamu yang kadang-kadang datang tak kena taim.. pas tu mengantuk siang hari tak boleh nak tolong dah.. malam melayan karenah Deeja.. Apa pun, Che Mid sangat bahagia.. Alhamdulillah


3 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Maunye tak berseri.Seronok weh ande anok ni.Tak tido malam pun tak pe weh...

Adnazthie said...

Salam Che Mid,
Deeja, deeja, deeja..commellllnyer. Syahdu n tenang sekali tengok dia tidur.

Roszana said...

Aku pun kalu boleh nak gak....nanum Allah yg lebih mengetahui...tumpang manja2 dgn anak buah n anak kwn boleh kut..