Ads

Tuesday, December 23, 2008

Nana Bertandang Pula


Janji 11.30 pagi berkumpul di rumah emak untuk menyertai rombongan bertandang ke rumah Mie di kampung Bukit Kapar. Tapi entah macamana leka berceloteh anak beranak, tak sedar jam dah hampir ke pukul 12.00 tengahari. Akibatnya, kami sekeluarga tiba lambat dan tak sempat nak tengok pengantin berarak.

Hai, tak puas-puas menatap wajah pengantin... comel dan manis

Bersama emak dan abah di meja makan beradab.




Kami pun tak lepas peluang makan lauk pengantin, macam-macam ada.


Tapi hiasan buah-buahan ni menarik perhatian saya. Tak berapa suka buah naga ni, tapi dah lawa macam ni, makan juga.

Akhirnya, tempat pengantin makan telah diambil alih oleh anak-anak buah pengantin
Suap menyuap kek pengantin pulak


Tak lepaskan peluang bergambar dengan adik ipar terbaru. Bayangkanlah, saya anak sulung dan ini adik ipar yang bongsu dari lapan beradik. Oh.. tuakah aku?

Pengapit terhensem abad ini
Jejaka berdua ini adalah sepupu dan masih bujang trang tang-tang lagi. Yang berbaju petak-petak tu kini bertugas di Kulim Kedah dan adikku Imi memang kerja tak tentu masa. Jadi susah juga nak berjumpa

GEMPAR!! NYAI HILANG!. Kejadian berlaku ketika rombongan menuju ke kereta masing-masing untuk bergerak pulang. Nyai disedari tiada bersama-sama kami. Operasi mencari dan menyelamat pun dilakukan. Ada yang masuk ke rumah jiran pengantin hingga masuk ke bilik air, ada yang menjenguk ke jalan besar dan tak kurang pula yang mencari dengan mulut... mengagak itu dan ini...(termasuklah saya) Nak call, Nyai mana ada hand phone kan...
Cemas juga dibuatnya, kalau budak kecik hilang tu biasalah.. ni orang tua hilang!..
Akhirnya, Acik dan Nor terjumpa Nyai sedang enak berborak kisah lama dengan nenek Mie di dalam bilik rumah pengantin. Rupa-rupanya mereka berdua tu kawan lama yang dah berpuluh tahun tak jumpa. Nenek Mie sakit dan tidak berupaya berjalan lagi.
Kuasa Allah, jodoh cucu mempertemukan dua sahabat lama...



Untuk Nana dan Mie, selamat menempuh hidup baru. Jaga diri elok-elok tau. Dia orang ni, walaupun dah berkahwin, tapi duduk kena asing-asing. Nana di Sepang dan Mie di Pulau Pangkor sehinggalah pertukaran Mie ke KL diluluskan. Buat masa ni, sabar banyak-banyak dan 'be cool'.











Wednesday, December 17, 2008

The making of Nana's wedding



Senyuman tak lekang dari kedua-dua pengantin, tanda gembira di hari bahagia mereka. Mari kita lihat di sebalik tabir pula..


Adik beradik dan ipar duai bergambar ramai. Berbaju sedondon tajaan dari bonda tercinta.


Nyaiku (kiri) dan adiknya bersedondon. Mulanya Nyai menolak untuk memakai baju tersebut dengan alasan terlalu garang warnanya, namun selepas dipujuk rayu, akhirnya bersetuju tapi dengan syarat dia tak mahu keluar rumah.


Para abang ipar (kecuali Ijam yang berjanggut di belakang) menarik nafas untuk menyorokkan perut masing-masing. Beruniform kuning pemberian mak mertua, sudah tentu kena tunjuk rajin sentiasa!! ha ha


Sebagaimana biasa emak akan menjadi 'wedding planner' seperti mana majlis adik beradik yang lain. Kami, kakak-kakak dan abang-abang cuma menjadi pelakon pembantu saja. Cuma semasa hari kenduri emak dah nak tumbang akibat selsema, maklumlah cuaca hujan lebih banyak dari panas.



Dari kiri; Acik, Adik, emak, Nor dan saya


Nor dan Acik menguruskan hiasan bilik pengantin dan khemah. Ain dan Adik Lina memastikan cenderahati untuk tetamu mencukupi dan saya serta suami menyediakan acara dan program. Kami turut menayangkan video sempena pernikahan dan kisah hidup kedua pengantin.


Kelihatan Acik dan Farah membantu menyediakan gula-gula dan jelly di malam pengantin.Adik Lina dan jiran-jiran berkumpul di rumah Normah yang dijadikan tempat mengumpul dan mengedar cenderahati tetamu. Di luar pula dijadikan tempat memasak dan membuat air minuman. Tempat mencuci cawan dan gelas juga di situ.


Makan beradab yang disediakan oleh orang rewang setelah orang yang sepatutnya menyiapkannya menarik diri di saat akhir. Bidan terjunlah ni!


Buah-buahan panjat dari anggur dan epal. Anggur tu sebenarnya stok adik Lina yang sedang mabuk mengandung tetapi telah dirembat oleh orang dapur untuk dibuat makan beradab!




Asyik bergaya disebelah kek perkahwinan ialah Ain, seorang lagi kakak Nana. Beruntung betul jadi adik bongsu ni, semua orang sanggup buat apa saja untuk si adik.

Hiasan di setiap meja bulat tetamu ini disediakan oleh Acik dan Nor. Comel dan romantis gitu!


Hiasan di meja bufet pun tidak kurang hebatnya. Tak lupa rojak buahku yang menjadi tarikan utama tetamu. Ewah.. masuk bakul pulak!! Menunya ialah nasi minyak dan nasi putih, rendang daging, ayam panggang, pajeri nenas, acar timun, sambal goreng tempe, rojak buah dan kuih muih. Air sirap special campur mirinda strawberry!! Hebat!




Ijam dengan kamera barunya. Baru nak belajar jadi 'cameraman'. Maka saya dan dia pun turut menyibuk kesana-sini mengambil gambar.

Adik Lina yang bertugas menjaga stok bunga telur kelam kabut apabila kotak telurnya pecah. Tapi saya dan Ijam bukan nak menolong, selamba aje kami snap gambar....



Tolonglah.. ambik cepat.. Ha ha kami buat-buat tak dengar, lagi snap gambar... kejam.. kejam


Emak menjemput tiga kumpulan marhaban. Kumpulan pertama pada petang Sabtu. kumpulan kedua pada malam minggu dan yang terakhir pada pagi Ahad.


Tiga orang sepupu berlainan bapa dan ibu duduk berborak. Ada iras-iras tak? Memang pun, semuanya cucu Nyai dan sepupu saya sebelah emak.

Tabik buat Imi yang sanggup tidak tidur malam untuk menjaga harta benda seperti periuk belanga yang disewa khas daripada kejadian tidak diingini. Imi ditemani oleh Ayan berjaga malam di khemah. Itulah sebab tak banyak gambar Imi, kerana ketika orang sibuk dengan pengantin Imi sedang tidur di buai mimpi. Syian.. dia..




Kumpulan Nasyid Nur Islam menunjukkan kehebatan bernasyid pada malam minggu dan siang Ahad diiringi minus one dan percussion. Yang berbaju merah tu, Ayan..



Sekali lagi beraksi depan kamera selepas selesai persembahan.


Gambar beramai-ramai semua cucu emak kecuali seorang sebelum bergotong royong di siang Ahad. Semua baju mak nenek taja. Cuma baju Ayan saja berwarna hitam kerana dia akan bernasyid sekejap lagi..

Kumpulan rewang yang terdiri dari jiran tetangga yang super sporting...

Abang dan Syukri yang bertindak sebagai juruteknik di P A System. Semasa bersanding, kami tidak menggunakan kompang sebaliknya menggunakan bunyian gamelan yang Nana beli di Jakarta. Memang kelas !!



Gang Puteri UMNO turut jadi penanggah. Amboi! merah sangatlah mak Ngah!

Ni apa hal lak ni!, pengantin dah potong kek, dia pun nak jugak!! Pasangan sejenis ke ni!! Selisih malaikat 44


Wajah gembira emak dan abah. Pada paginya, satu peristiwa lucu berlaku apabila tanpa disedari abah telah memakai baju dan seluar baju melayu berlainan warna sehingga ditegur oleh salah seorang menantunya. Patutlah abah merungut baju tu sempit, rupanya abah terpakai baju Ijam yang seakan sama warnanya.


Imi dan Farah beria-ia bergambar bersama-sama sambal goreng.
Ni anak manja walaupun dah beranak tiga. Nasib baik bangku tu tak pecah duduk bertiga.. eh.. tiga setengah orang!!



Wajah-wajah orang dapur, berkumpul di bawah khemah sambil memotong bahan masakan diselang seli dengan gurau senda dan tawa ria..

Lagi gambar untuk tatapan. Farah dan Huda bersedia di tepi tong nasi minyak.


Saya dan suami leka berposing hingga tak sedar Ayan menyelit di belakang kami.



Acik dan suami bernama Abdul Jamil. Kebetulan namanya serupa dengan dengan nama Abah. Jadi ada tetamu dah tersalah anggap, disangkanya si menantu itu empunya kenduri!!



Adik Lina dan suaminya Khairul yang juga menantu tertinggi. Gelaran 'Anjang' untuk Khairul. Kalau bab pasang langsir.. memang dia orangnya!


Cute kan gambar ni!, bebudak ni tengah meratah ayam panggang yang menjadi hidangan utama.


Gambar terakhir untuk posting ini. Kesemua lapan beradik dan ipar baru bergambar sama. Alhamdulillah, semua telah berganding bahu dan berhasil merealisasikan majlis yang indah dan meriah!



Tuesday, December 16, 2008

Walimatulurus Nana - 14 Disember '08

Pada 14 Disember 2008, berlangsung majlis persandingan adik bongsu saya Aainaa Athira bt Mohd Jamil dengan Mohd Hermei Mohd Ramli. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan sangat meriah walaupun cuaca tidak menentu ketika ini.

Majlis akad nikah diadakan pada 31 Oktober 2008 di surau Al-Faizin.Debaran pengantin sejurus sebelum akad nikah.
Senyum ceria selepas dinikahkan
Indah bercahaya pelamin di malam berinai.
Pengantin kelihatan manis sekali dengan pakaian berwarna hijau untuk acara berinai.
Tambah cantik dan manis bersanding berdua atas pelamin
Memohon restu dari kedua ibubapa tercinta

Memotong kek perkahwinan


Tentunya kedua mempelai memohon restu dan doa semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat. Amin