Ads

Friday, May 15, 2009

Rendang Udang

Pagi tadi seperti biasa ke Kedai Seribu Dinar untuk membeli lauk. Rasa-rasa nak masak udang dengan nenas. Lepas tu, sms cik abang tanya dia udang dan nenas tu nak masak kari ke atau lemak cili api. Dia jawab 'LCA'.. emm.. lemak cili api la tu.
Bila sampai rumah, tergerak pulak hati nak belek buku resepi RASA.. terjumpa pulak resepi Rendang Udang Galah, macam sodap je.. nak cubalah.. cek di peti sejuk untuk bahan rendang ada pulak.. so let's go rendang!!




Bahan-bahan:
600 gm udang kontot ( ate.. udang galah taked..) (potong janggut sahaja)
3 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
2 inci kunyit basah (takde dlm resepi asal, saya tambah sendiri, untuk naikkan seri)
5 sudu besar cili kering
- semua bahan kecuali udang dikisar halus
1 helai daun kunyit dihiris
1 pkt kecil kerisik
1 pkt santan ( che mid guna santan paket je, sebab santan original tertinggal di kedai)
Minyak untuk menggoreng
Cara memasak : ( cara che mid )
1. Goreng udang sekejap dan ketepikan
2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau
3. Masukkan garam, sedikit gula dan kerisik
4. Bila dah sebati, masukkan santan paket yang dah dibancuh dengan 3 cawan air ( Che Mid saja lebihkan air sebab che abang suka makan berkuah, kacau hingga mula mendidih
5. Akhir sekali masukkan udang dan daun kunyit. Kacau sedikit lagi dan siap.

Voila... beautiful!! Tertanya-tanya jugak kenapa resepi tu tak suruh bubuh air asam.. rupa-rupanya untuk menonjolkan kemanisan udang tu..


Kalau nak nikmat lebih.. ratah je pun boleh..
Tapi apa nak buat dengan nenas yang sepatutnya masak dengan udang tu? Akhirnya Che Mid memutuskan untuk buat pajeri nanas cincai. Sebab cincai ialah belasah je bahan-bahannya asalkan rasanya lebih kurang. Dah emejensi la katakan..



Nanas tu potong kecil dan direbus sekejap. Air nenas tu nanti boleh tambah gula sikit dan minum. Bubuh ais lagi best. Lepas tu tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, kayu manis, kunyit serbuk dan biji sawi. Masukkan nenas. Tambah sedikit cuka, garam dan gula.




Tak de cili merah.. tak serilah.. tapi ok. Takde orang makan pun cili merah tu..



Che Mid ni pulak, kalau takde sayur hijau.. kureng sikit semangat nak makan. Jadi tambah lagi satu menu iaitu sayur sawi goreng tempe. Hmm.. orang Jowo la .. tempe everywhere.. anytime also can lah!!



Dah siap.. makan tengahari kita hari ni. Yok mangan yok!! Enak lo

1 comment:

Anonymous said...

Roszana: Wah mengancam la ko punya udang.....Lain kali antar jalan hj abdul rahman ye....
Apa cerita rosmah? Senyap je. aku sms pun tak berbalas-