Ads

Tuesday, September 15, 2009

Kenangan kelakar di bulan puasa 2

Satu hari di bulan puasa. Keluarga adik Che Mid dalam perjalanan pulang ke kampung di Sik, Kedah. Setibanya di Sungai Petani, mereka ke KFC pandu lintas (drive thru) untuk membeli KFC sebagai juadah berbuka puasa. Oleh kerana banyak kenderaan berbaris menuju kaunter, maka si bapa memberi arahan supaya isteri dan anak-anaknya bergegas masuk ke kaunter di dalam premis dan 'take away' sementara si bapa berlegar-legar di luar.

Setelah setelah membeli KFC, anak-anak dan isteri kemudian tergesa-gesa keluar dan berkejar ke kereta. Sebaik masuk sahaja ke dalam kereta si bapa pun membaca niat berbuka puasa kuat-kuat, lalu mereka pun berbuka puasa dengan penuh seleranya.

Setelah agak-agak kenyang, sibapa tergerak hati untuk membuka tingkap kereta. Sebaik tingkap terbuka, terdengarlah azan maghrib menunjukkan masuknya waktu berbuka..... Habih camno?? Apa lagi sibapa (mungkin kerana malu tersilap berbuka sebelum waktu) menjerit-jerit memarahi anak-anak dan isterinya supaya membuang KFC yang tidak bersalah dan masih banyak berbaki tu... Tak siapa berani bersuara menyanggah si bapa... Terdengar sianak berbisik sesama sendiri untuk membuang KFC yang tidak bersalah itu.

Tidak lama kemudian, mereka berhenti pula untuk solat maghrib di sebuah masjid. Si ibu mengambil peluang untuk mencari semula KFC yang telah 'dibuang' oleh anak-anaknya tadi. Jangan-jangan dibuang betul.. hishh habih 6o ringgit lebih tadi tu... Cari punya cari rupa-rupanya.. sianak-anak menyorokkan KFC yang tidak bersalah itu dibawah kerusi Naza Ria mereka. Fuhh.. lega si ibu.. pandai jugak anak aku ni..

Setibanya di kampung malam tu, mahu tidak mahu, si ibu dan anak-anak terpaksa mengeluarkan juga KFC yang tidak bersalah itu dari dalam kereta. Takut jugak dimarahi lagi.. tapi takkan nak biar saja kat bawah 'seat' tu kut??..

Eh eh.. tak sangka pulak, bila nampak saja,  si bapa dengan selambanya makan KFC yang tak bersalah tu tanpa rasa bersalah pun!!

2 comments:

Adnazthie said...

Che Mid, ini mesti keluarga Cikgu Jamil the boom

che mid said...

A ah la Adnazthie.. pandai teka