Ads

Tuesday, December 29, 2009

Jalan-jalan Makan Sembilang

Ada seorang kawan sekolah Che Mid yang dah 12 tahun membuka kedai makan di Meru ni. Asalnya cuma gerai tepi jalan di hadapan rumah mereka di Persiaran Hamzah Alang. Kemudian dibesarkan lagi dengan mengadakan gerai diatas jambatan. Tetapi ramai tau tentang gerai ni sebab ia dilindungi oleh pokok-pokok pisang. Kami gelarkan gerai tu "gerai bawah pokok pisang".




 Selepas 10 tahun di tepi jalan, akhirnya mereka berpindah ke tempat yang lebih besar dan selesa tetapi masih di kawasan yang sama. Ruang parkir yang lebih luas disediakan untuk pengunjung yang terdiri daripada pekerja kilang berhampiran atau penduduk setempat yang selalu malas memasak macam Che Mid ni.




Tuan kedai sengaja membiarkan pokok hiasan menutupi sebahagian kedai. Mungkin menjadi tarikan atau menghindari silau mentari tengahari.


Inilah deretan hidangan yang disediakan untuk tetamu.  Che Mid ambil gambar ni pada pukul 11.30 tengahari. Dah hampir siap masakan yang dimasak sendiri oleh tuan punya kedai.

 

Antara hidangan wajib ialah gulai siput sedut dengan keladi. Ini habuan kesukaan Farah.




Pecal ikan keli dan gulai udang galah pun sangat sedap. Memanglah ada stail Jawa sikit dan agak pedas.

 

Kalau nasib baik, kita akan jumpa sembilang besar masak asam pedas daun kesum. Biasanya ikan-ikan segar ni, didapati dari pembekal tetap. Jadi memang segar dan besar besar!!




Tidak ketinggalan juga ulam-ulaman, pergedil, telur dadar dan ikan bakar. Sayuran seperti pucuk ubi lemak campur tempe, gulai nangka, kerabu betik dan lain-lain lagilah. Ayam goreng berempah dan sup daging pun hari-hari ada.



Yang paling istimewa ialah sambal belacan goreng. Cili, belacan dan bawang digoreng kemudian ditumbuk halus. Pedas dan menyengat you!!


Menu pilihan Che Mid - Nasi putih, asam pedas sembilang, kacang panjang tumis tempe, bayam goreng dan sambal belacan. Emm.. menyelerakan!!



Menjelang pukul 12 tengahari, orang semakin ramai. Nak makan ke nak tapau?? Kadang-kadang sampai tak cukup tempat duduk tau!!



Restoran ni  dibuka setiap hari termasuk hari Ahad, dari pagi sampai petang.  Tapi cuma untuk makan tengahari sahaja. Dulu ada juga mereka menjual mee jawa dan menu sampingan lain, tapi tak lama... sebab tak cukup tangan..



Inilah dia tuan punya restoran. Puan Zailawati Taslim dan En Jaafar Suhaini. Kedua-dua suami isteri kawan sekolah Che Mid. Sebayalah.. Mereka memang mesra pelanggan, dan menjaga kualiti makanan. Harga pun berpatutan. Tak heranlah kalau mereka ada ramai pelanggan tetap.

 
Jomlah singgah di Restoran Sri Rimbun, di Lot 1886, Km 5, Persiaran Hamzah Alang, Meru, 42200 Kapar. Tak ada papan tanda.. pandai-pandai la cari sendiri ataupun emel Che Mid.. nanti Che Mid tunjuk jalan.. lepas tu.. belanja makan sekali ok!!

No comments: