Alhamdulillah, kalau UPSR hari tu, Afruz dapat 5A, kali ini giliran Muhd Adam Daniel pula dapat 8A 1B. Adam adalah anak sulung kepada adik Che Mid iaitu Cikgu Kalimah dan suaminya Cikgu Abdul Jamil.
Inilah Adam, budak bertuah kebanggaan ibu dan abahnya. Adam bersekolah di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin, Kampung Jawa, Klang. Oleh kerana Adam tidak tinggal di asrama, dia terpaksa menaiki bas pada pukul 6.30 pagi dari Meru untuk tiba di sekolah pada masa yang ditetapkan. Balik ke rumah pula kira-kira pukul 3.00 petang. Kalau ada kelas tambahan, Adam akan sampai rumah pada jam 6.00 petang.
Cikgu Kalimah dan Cikgu Jamil - ibu bapa Adam
Dengar cerita dari ibunya, Adam cuma dapat 3A ketika peperiksaan percubaan yang lalu, dan diturunkan kelas selepas penggal pertamanya. Jadi, memang terkejut sangatlah bila diumumkan berjaya dapat 8A 1B, ( 1B tu Bahasa Arab).
Apa pun, tahniah dari Mak Long untuk Adam serta ibu dan abahnya. You deserve it Adam. Mak Long tau Adam bekerja keras serta rajin berusaha. Selain dari itu, Mak Long tau Adam anak yang baik dan soleh. Tu sebab doa Adam Allah mudah makbulkan. Keep up your good work!!
Ini pula ialah teman baik Adam, Mohd Syazwan Khusrin, telah berjaya mendapat 7A 2B. Wawan ni anak kawan baik Che Mid - En Khusrin dan Puan Ani yang tinggal di taman yang sama dengan kami. Ibu Wawan pun sedang mengandung macam Che Mid juga. Tahniah setingginya buat Wawan serta keluarga. Maaf ye, Che Mid cedok gambar dari myspace Wawan.. he he.
Tidak ketinggalan juga tahniah kepada anak-anak lain yang berjaya mencapai keputusan yang baik PMR tahun ini. Tahun depan giliran Farah pulak...
4 comments:
Tahniah buat Adam...
Salam Che Mid, dah agak dah tajuk kalini mesti berkisar PMR pulak..he he he. Apa-2 pun TAHNIAH buat kesemua anak-2 yang telah berjaya di atas USAHA dan KEGIGIHAN mereka..Mesti senyum lebar Cikgu Jamil..n kepada Cikgu Kalimah..tahniah ju
Alahai.. Happynya Che Mid... Ayu tau kali ni akak mesti epi .. harap dpt baby yg selalu epi juga ...congrats to Adam & of course the parents... Acik & husband...
Ibu Afruz
Salam Ayu, epi tetap epi.. he he, tapi tadi check upkan, ada demam dan selsema sikit, rasa tak selesa, nurse kata baby dah kat bawah sgt, mungkin tak lama kut..
Post a Comment