Ads

Tuesday, December 15, 2009

Adikku kawin lagi


Adik Che Mid, Mohd Nizam bin Mohd Jamil telah melangsungkan perkahwinan dengan Nurfadilah bt Ishak pada 5 Disember 2009. Masjid Al-Ansar, Kapar, Klang menjadi saksi pernikahannya diikuti dengan majlis persandingan di rumah pengantin perempuan pada keesokkan harinya.


Dila ditemani ibu dan adiknya melangkah ke majlis pernikahan



Che Mid dan Dila sejurus tiba di masjid sebelum sah bergelar adik ipar.



Emak dan Dila



Kegembiraan dan kesyukuran jelas terbayang diwajah kedua-dua mempelai selepas diijabkabulkan



Ketika membatalkan air sembahyang. Dila menerima seutas rantai leher, dan Ijam pula menerima sebentuk cincin sebagai balasan.



Pengantin baru di malam berinai



Putih dan hijau menjadi tema pelamin yang diletakkan di luar rumah. Sangat cantik!!



Abah, emak dan Imi (satu-satunya adik Che Mid yang masih bujang) bergambar dengan pengantin



Ni kawan-kawan kerja kut.. sori Che Mid tak kenal..



Bergambar dengan keluarga dan sedara mara




Keluarga pengantin perempuan yang comel-comel belaka!!



Che Mid yang dah montel dan comel sedang berebut ayam dengan abah



Selamat Pengantin Baru semoga berkekalan hingga bila-bila. Amin. Selepas pelbagai ujian ditempuhi, mereka berdua akhirnya selamat kejinjang pelamin. Jom kita nikmati momen-momen indah koleksi pengantin. Foto-foto diabadikan oleh Ayan. Kalau rasa cantik, bolehlah 'book' Ayan untuk jadi fotografer!!


Aitt.. pengantin pun sempat shoot jugak!!!





























8 comments:

Roszana said...

Salam Mid, dah selamat ijam ye, tahniah la...
datang la rumah aku balik 13 dis, ahad malam isnin jam 12 mlm sampai rumah..
makin segar bugar ko ya, alhamdullilah
Miss u

Nizam Awang Brahim said...

Tahnioh weh....

Adnazthie said...

Salam Maal Hijrah buat Che Mid sekeluarga,
TAHNIAH buat Ijam n pasangannya...semoga kekal keakhir hayat...
Nak confirm semula, semua gambar sampai akhir N3 ini, Ayan yang shoot ye..kalau ye, ada peluang bisnes ni..he he he

che mid said...

A ah Adnaz, memang ayan shoot semua gambar wedding ni. Ijam sipengantin tu bagi guna kamera dia, apa lagi ayan pulun habihlah...

che mid said...

En Rodong blogger - hujung taun ni tak balik Jenderak ke??

nurul said...

salam kak,
tahniah wat psgn pengntin baru....
tahniah gak wat akak coz dpt adik ipar baru...

re: smoga akak sihat2 slalu hingga saat melahirkan...sy tk sempt lg nk tgk kak ana....ptg td mmg ada plan nk singgah lepas balik dr tgk baby baru kt umah mmber, tp dh nk maghrib baliknya, tk sempat lah pulak..insyaAllah,lainkali..

Rinnchan said...

Berderet-deret makan nasik minyak ye... Tahniah! Tahniah! Yang Si Imi tu bila pulak?? Rinn pun sampai dah tak ingat senarai adik-beradik ida... Ingatkan semua pompuan, rupanya ada gak terselit lelaki.
Sungguh-sungguh memang dah tak ingat. Seronok kan abah dan emak masih berpeluang melihat kesemua anak-anaknya melangsungkan perkahwinan... Tinggal Imi lah ye.

che mid said...

Ish ish ish Rin, mana nak ingat! 8 orang semua adik beradik kita ni. Masa Ijam dan adik-adik di bawahnya lahir, kita dah tak satu sekolah lagi. Masa adik bongsu Nana tu lahir, ida dah di UITM...