Apa khabar anda semua.. lama tak jumpa ya.. Al maklumlah cuti sekolahkan, anak-anak che mid berebut guna pc dari celik mata sampai pejam mata semula. Che Mid mengalahlah sikit..
Ha.. macamana sambutan Hari Raya Aidil Adha baru-baru ni?? macam biasalakan.. Che Mid beraya di Meru. Yang menariknya di tempat Che Mid ni, bila masa bersolat raya. Kenapa dan apa yang speselnya?? Jom tengok..
Suasana biasa di sesetengah tempat bila menjelang solat Jumaat atau solat hari raya.
Pemandangan di dalam surau, dipenuhi oleh penduduk sekitar taman yang tidak beraya di kampung halaman masing-masing. Namun sebenarnya penduduk taman cuma 20-25% dari keseluruhan jemaah.
Kelihatan sebilangan muslimat ikut sama bertakbir sambil menunggu waktu solat
Ini pula pemandangan di luar surau. Pun turut dipenuhi jemaah juga.
Suasana di halaman surau... dibanjiri oleh warga Bangladesh. Mereka memenuhi kawasan surau - dari dalam hingga ke menghampiri pintu pagar. Sebenarnya mereka adalah terdiri dari pekerja Bangladesh dari kilang-kilang dan asrama berdekatan taman perumahan Che Mid.
Tuan Imam memberi taklimat sejurus sebelum solat, diikuti terjemahan oleh wakil jemaah Bangla.
Mereka sedang beredar keluar dari kawasan surau selepas solat. Beberapa orang dari mereka akan tinggal dan membersihkan surau bersama-sama dengan penduduk tempatan.
Pihak surau mempunyai hubungan baik dengan majikan dan wakil-wakil pekerja Bangladesh tersebut. Ada beberapa orang dari mereka yang bertindak selaku ajk surau bagi pihak Bangla. Dari awal lagi sudah tiba dan membantu menyediakan kemudahan bersolat. Malah pada tahun ini, ada yang membaca ayat suci al-Quran sebelum pukul 8.00 pagi lagi diikuti dengan bertakbir beramai-ramai.
Tolong menolong demi agama
Seronok betul nampaknya bila berjumpa macam ni.
Selesai solat, mereka bergerak pulang ke asrama masing-masing atau makan angin ke bandar. Tak kurang juga yang sibuk bergambar di kawasan perumahan ni. Begitulah suasana solat hari raya di tempat Che Mid. Selain dari warga Bangladesh ada juga rakyat Indonesia, India dan Pakistan turut bersolat. Pak Imam suka gelarkan surau kami sebagai 'surau antarabangsa'.
2 comments:
Salam..dah kembali. Selalu tengok mana Che Mid dgn N3 pelbagainya..ingatkan dah bersalin.
Wow cepatnya komen Adnaz, macam Che Mid cakaplah, malas nak berebut pc dengan anak-anak. Skrg Che Mid dah masuk 33 minggu, rasa dah tak larat nak tunggu due..
Post a Comment