Selepas solat hari raya, kami anak-anak Hj Jamil berkumpul di rumah abah. Dari 8 orang adik beradik, cuma Ain seorang yang beraya dengan mentua, yang lain beraya dengan emak dan abah. Jadi ramailah berkumpul termasuk Nyai (nenek) yang awal awal lagi dah kata nak beraya di rumah mak.
Menu?? Emm.. emak masak nasi minyak, rendang dan kuah lontong, Acik beli lontong daun, Adik Lina beli kuih-muih. Che Mid pulak bawa lepat pulut yang dibuat khas oleh Nyai. Adik Nor bawa kuah kacang dan ketupat.
Ini buah tangan Che Mid - keluban pucuk ubi, tempe goreng dan lepat pulut. Pelikkan raya raya makan lauk macam ni.. tapi tulah selera orang mengandung.. nak ikut tekak dia je.. Tetapi lemang dan rendang ayam hancur ( maksudnya.. ayam dalam rendang tu dah lembut dan hampir terlerai dari tulang. Faveret adik-adik Che Mid.. mereka kata sedap kalau cicah dengan ketupat atau lemang).
Lontong dan ketupat palas pun ada
Abah mengetuai takbir raya dan seterusnya membaca tahlil beramai-ramai.
Orang pompuan pun ikut tahlil jugak.
Doa tahlil dibacakan oleh Faisal, sepupu Che Mid.
Faisal, Faizun, Faris, Iman dan Ammar sedang berlepak-lepak di hari raya
Cik Kosim dan abah
Kesian... Nana yang sedang dalam pantang cuma makan nasi putih dengan tempe dan tahu goreng. Lauk pauk raya lain cuma pandang-pandang je la. Dia ni betul-betul berdiet sampai mak Che Mid tak tau nak masakkan apa untuk dia. Semuanya tak nak makan sebab nak kurus cepat. Tapi bagusnya dia ni, suka makan jamu..
Baby Aidid lena tidur di tengah-tengah hiruk pikuk sedara mara. Baby Mimi pulak sibuk nak 'menyerang' Aidid.
Papa Aidid ni bukan main rajin di dapur.. kalah menantu emak yang lain.. tapi tak heran pun sebab dia nikan bekerja sebagai Chef.
Lina, Acik, emak, Nor dan Che Mid bergambar sambil menikmati hidangan. Selepas solat Jumaat Che Mid sekeluarga bertolak ke rumah Alang di Shah Alam untuk beraya dengan keluarga suami pula. Tambah meriah lagi raya kali ni, emak dan abah mertua turut beraya d Shah Alam, jadi kami tak payah susah-susah balik kampung..
3 comments:
Perghh Che Mid. Salam dulu. Ini macam raya betul..nampak meriah.
Biasalah Adnaz, kalau dah berkumpul anak beranak memang meriahlah jadinya... Oh ya, kalau free hari sabtu ni jemput datang rumah mak, adik kita kawinlah..
Salam Che Mid,
Tq kerana menjemput, saya ikut abang ke Penang masa tu, sambil jenjalan bawak anak-2 cuti sekolah...
Post a Comment