Pernah tak tengok makanan ni? Orang Jawa Klang panggil makanan ni 'Lepet pulut". Che Mid tak pastilah, tempat lain dipanggil apa pulak. Tapi yang pasti di Selangor ni, susah nak cari Lepat pulut ni. Che Mid teringin sangat nak makan lepat ni. Kebetulan Nyai (nenek) Che Mid datang ke rumah dan bersetuju nak buatkan untuk Che Mid sempena Hari Raya Haji. Ha.. pucuk di cita ulam mendatanglah.. memang tak reti nak buat sendiri pun. Beria-ia Nyai nak buatkan, ialah... orang mengandung punya hajatkan...kenalah tunaikan.. takut baby lahir nanti meleleh je air liur kut!!
Kalau ikut adat orang Jawakan.. lepat pulut ni akan dijadikan sebahagian juadah ketika lenggang perut (7 bulan orang mengandung) atau 'mitoni'. Selain dari lepat ni, kerabu daun-daun, ikan masin goreng dan 7 jenis ubi akan direbus (seperti ubi kayu, keledek, keladi, kemili dll) juga makanan 'jajan pasar' seperti kacang goreng dan lain-lain. Namun, adat macam tu, dah tak diikut sangat.
Macamana pun, Che Mid catatkan di sini resepinya ya...
Bahan-bahan Lepat Pulut:-
50 helai daun kelapa muda (sama utk buat ketupat nasi)
1 1/2 kg beras pulut
1 1/2 biji kelapa parut (ambil yang putih sahaja)
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:-
Rendam beras pulut semalaman
Toskan hingga air betul-betul kering, dan gaulkan dengan kelapa parut serta garam.
Masukkan dalam daun kelapa muda ( ha.. tang ni yang tak reti ni..)
Rebus dalam periuk seperti merebus ketupat nasi hingga masak (berjam-jam juga la)
Macam nilah rupa langkah pertama buat kelongsongnya.
Ikat pangkal kelongsong tu dengan tali rafia, kemudian isi beras di dalamnya.
Lepas tu, ikat di sebelah lagi.
Dah siap satu!!
Dah siap banyakkkk!! Kemudian rebuslah..
Dah masak dah!! Nyai kata elok lepat ni digantung macam ni, supaya tahan lama. Ni, tempat gantung mug Che Mid jadi mangsa!! Lepat ni, makan macam tu aje pun dah sedap sebab ia lemak dan masin sikit. Kalau nak cicah rendang pun ok jugak. Kesuwon Nyai!!
4 comments:
Salam Che Mid, mesti sedapkan. Tempat abang dia buat bentuk segitiga-daun palas..saya memang tak pandai, makan pandailah.
Manu wajib kami sekeluarga tiap hari raya puasa... mesti ade lepet ni.. tp saya buat slalu letak kacang... memang berulang2 la makn jawab nye...
Menu wajib
Post a Comment