Ads

Tuesday, December 29, 2009

Mak Buyung menunggu hari




Kehamilan Che Mid dah masuk minggu ke 37.
Dijangka lahir pada 26.1.2010, tapi sekarang dah standby untuk bersalin bila-bila masa saja.
Berat badan masa permulaan mengandung 65kg, sekarang dah 75 kg
Alhamdulillah, sampai saat ini tubuh badan sihat - tiada kencing manis dan tekanan darah pun ok.
Selalu sakit-sakit pinggang dan susah tidur, tapi tak de pulak kena kejang kaki.
Bengkak kaki pun tak de sangat. Kadang-kadang je terasa sikit bila duduk lama dalam kereta atau di pc.
Makan supplemen Obimin dan susu segar (tak suka minum susu tepung).
Alahan mengandung memang ada pada 4 bulan pertama, tapi sekarang dah banyak berkurangan. Cuma sesekali Che Mid muntah kalau 'salah makan'.
Selera makan sejak akhir-akhir ni pun ok je.
Dari awal mengandung dulu memang Che Mid 'manjakan diri'. Mana-mana kerja rumah yang suami atau anak-anak boleh buat, Che Mid bagi mereka buat. Mengangkat berat-berat pun Che Mid elakkan.
Che Mid pastikan fikiran sentiasa tenang, tidur dan rehat yang mencukupi.
Namun aktiviti sosial seperti marhaban, masih lagi Che Mid aktif macam biasa. Kawan-kawan pun naik pelik tengok Che Mid sihat macam 'orang muda'. Tulah rezeki namanya kan..


Dari segi spritual pula, Alhamdulillah, Che Mid khatam al-Quran sekali masa mengandung ni. Sekarang ni baca surah Maryam serta berselawat Syifa' banyak-banyak. Biasanya masa Maghrib ke Isya' Che Mid terasa berat sangat perut ni. Jadi Che Mid  cuba bangun sebelum subuh untuk solat Isya' kerana masa tu terasa ringan pulak perut ni. Jadi Che Mid boleh sambung dengan solat sunat sementara menanti masuk waktu Subuh. Begitupun, Che Mid masih larat solat sambil berdiri. Masa mengandung Faris dulu, ketika 6 bulan mengandung, Che Mid kena solat sambil duduk. Tak larat dan rasa nak pitam pun ada.






Sejak minggu lepas, Che Abang ajak beriadah di tasik Shah Alam  atau taman Setia Alam. Che Mid eksesais dengan berjalan sambil kawal pernafasan yang semakin kerap mengah-mengah, terutama bila baby bergerak atau mengeras. Mudah-mudahan senang bersalin nanti.


Boleh lagi jalan atas 'beam' tu... berani betul mak yong sorang ni!!



Abahnya sibuk juga eksesais untuk keluarkan peluh..



Orang kuat ibu - sentiasa disamping ibu. Syukran Farah sayang!!

Che Mid dapatkan rawatan berkala di Klinik Kesihatan Meru. Umur lebih 40 tahun macam Che Mid ni dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di Hospital kerajaan sahaja, kerana risiko tinggi dan kemudahan untuk kes-kes kecemasan. Che Mid bercadang untuk melahirkan di Hospital Sungai Buluh. Perjalanan dari rumah ke hospital kira-kira 30 minit jika bukan dalam waktu puncak. Kami dah 'test drive' dan ambil taim sekali.

Doktor sahkan Che Mid mungkin dapat baby girl, wah sukalah Che Mid dan che abang, dapat anak perempuan seorang lagi untuk kawan Farah. Tapi yang sepraisnya, anak-anak lebih suka adik lelaki. Farah kata dia nak dia sorang je jadi anak pempuan. Ayan tanya, " Bu, kalau dah scan dapat baby girl, ada tak kemungkinan lahir nanti baby boy?"



Pengalaman kami paling menggelikan hati ialah ketika mula shoping untuk keperluan baby. Al-maklumlah, dah 13 tahun tak mengandung... rasa pelik dan segan pun ada bila round-round di 'baby department'. Anak-anak apa lagilah..




Macam-macam benda dan rekabentuk baru yang kami jumpa. Cantik-cantik belaka. Harga pun 'cantik' juga. Walaupun membeli ketika jualan murah, Che Mid tengok tak banyak diskaun untuk barangan baby.



Abahnya pun teruja tengok barang-barang baby. Bila dah habih meninjau, dia datang balik pada Che Mid dan tanya, " Kita ni nak beli apa ni??". Ha ha .. sama macam Che Mid, dah tak tau nak beli apa. Akhirnya, Che Mid hubungi adik Lina dan dapat konsultation on line. Dialah yang ajar.. beli benda ni.. tak payah beli yang itu.. Kami pun ikut je lah..



 Ni tengah pilih bantal dan tilam baby. Farah kata jangan beli warna pink atau biru, beli yang dua-dua boleh guna. Ewah.. masih menaruh harapan supaya dapat baby boy la tu..




Farah sedang sibuk mencari seluar panjang baby..  siap ada sarung kaki sekali tu..




Baby car seat pun lawa-lawa la..



Ha... macam-macam jenis buai...



Topi yang ada telinga pun ada gak...

Che Mid dah tempah jamu buatan bidan kampung. Lengkap dengan pilis dan tapel sekali. Bengkung pula mungkin Che Mid pinjam dari adik Nor atau Kak Ita belakang rumah. Che Mid punya dulu tak tau lesap ke mana. Rasa-rasa macam masih ada simpan lagi, tapi bila Che abang tolong carikan.. tak jumpa pulak. Tinggal mak bidan je Che Mid belum 'booking'.. tapi dah tau dah siapa yang Che Mid nak. Barut baby pun kena tempah juga, dah siap dah pun. Baby cot pun kami pinjam juga dari Ayu. Farah punya dulu pun kami dah pas-pas pada orang dan sekarang tak tau pada sape dah.. kira sedekah je lah... Yalah.. masa tu mana terfikir nak ada baby barukan?



Pakaian baru dah siap cuci dan simpan dalam beg. Sedia untuk dibawa ke hospital nanti. Tapi Farah kata, " kenapa banyak sangat warna pink? Takde warna lain ke?

Akhir sekali, Che Mid bersyukur sangat kerana dikurniakan kesihatan yang pada Che Mid sangat baik jika dibandingkan ketika mengandungkan ketiga-tiga anak lain. Walaupun dalam usia menjangkau 44 tahun ni, Allah permudahkan segala-galanya. Semoga Allah mudahkan Che Mid bersalin nanti, walaupun tanpa suami disisi (hospital kerajaan kan..) dan dikurniakan baby yang sihat dan cukup sifat. Bila besar nanti akan menjadi anak soleh yang akan membawa ibu dan abah ke pintu syurga. Amin. Terima kasih tidak terhingga kepada suami dan anak-anak kerana begitu memahami ibu dalam keadaan dan saat-saat begini.




4 comments:

Adnazthie said...

Salam Maal Hijrah Che Mid,
Alhamdulillah seronok dengar Che Mid (Mak Yong) sihat n gembira sepanjang mengandung ni. Teringin pulak kalau boleh mengandung sekali lagi..apakan daya, alhamdulillah sekarang ni pun dah ok.
Kami doakan Che Mid dan bayi yang dikandung sihat dan dipermudahkan semasa bersalin nanti.

che mid said...

A ah.. kalau Tuhan nak beri tu, benda yang tak dirancang tulah yang dapat. Sebagai hambanya terima sajalah dengan redhakan. Insyaallah yang susah akan jadi senang dan yang berat akan jadi ringan. Adnaz pun dah ada 3 orang cahayamata.. boleh tambah lagi, muda lagikan!!

erin said...

salam..kak, rase cam penah jumpe la...mase tu kena buat ujian MGGT(minum air gula)..tak silap akak terlambat sampai nurse dah bawak keluar troli air gula...betul tak..?nak tanya la, kalau dah 31 minggu ble lagi tak amik obimin..?sebelum ni amik asid folic, zat besi dgn vit c yang klinik bagi jer..

che mid said...

Salam Erin, ha memang akaklah orangnya tu.. Boleh je makan obimin sampai bersalin dan selepas melahirkan. Akak pun ingat nak makan sampai lepas bersalin. Bila Erin check up lagi, akak kena pegi esok (khamis)..