Ads

Friday, October 30, 2009

Resepi Tauhu Lembut orang malas

Apa? Masak tauhu lembut orang malas? Che Mid la tu orang malasnya. Hati teringin nak makan tahu lembut Jepun, tapi patutnya dikukuskan!. Tengok macamana orang malas masak..


Mula-mula Che Mid masak baby sawi ni.

 Bubuh udang putih (togelkan), bawang merah, bawang putih dan halia (diracik). Tumiskan dulu kemudian bubuh kiub ayam, sos tiram dan garam. Masukkan dalam 2 1/2 cawan air dan sayur. Bila dah masak, angkat sayur SAHAJA. Biarkan kuah dan ramuan lain dalam kuali.



Kemudian masukkan satu sudu kicap manis... nak bagi dia gelap sikit warnanya. Lepas tu, masukkan pula sebekas tauhu lembut Jepun ke dalam kuah tadi. Tutup dan biarkan dengan api kecil kira-kira 10 minit. Angkat ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun bawang.




Sedap you!! Kuah akan menjadi pekat dan enak. Faris suka sangat, Farah dan Che Abang pun suka. Ayan je ... cuba makan tapi tak suka!




Selain dari tu, Che Mid juga masak lemak cili api ikan kembung. Biasalah, Che Abang nak makan berkuahkan!




Penambah selera pulak, Che Mid goreng ikan bilis yang ditabur dengan bawang goreng.

Wednesday, October 28, 2009

Biar Pape Asal Bergaye

Ahad, 25 Oktober, Che Abang bawa anak-anak dan sepupu mereka ke Karnival NAZA di Naza Automall, PJ. Harga sebiji kereta sampai berjuta-juta. Monthly installment dari RM 9000 hingga RM20,000 sebulan!!



Jom ikut Ayan naik Ferari


Adam dan Haris bergaya didepan merc mclaren 2 pintu


Barisan mpv mewah sedia untuk dijual. Dalam tu siap ada tempat lunjur kaki..
 
Easy rider Hyosung dicuba oleh Ashman dan Haris

Adam dan Faris menunggang Honda


Ayan dengan Naza Blade 650 - Harga RM26,000


Che Abang dengan Naza Blade 250 - Harga RM15,000. Sekarang promosi 0% faedah pinjaman




Sikecik Amar menunggeng moto besar

Ayan dengan Ducati dari Itali



Dah puas bergaye.... duduk melepek di tepi jalan raye..

Sambil tunggu kereta 'shuttle' nak hantar balik.. he .. he..

P/s - Lepas tu pergi pulak kedai mamak, pekena mee goreng.. Esoknya, 4 ke 5 orang dari mereka kena sakit perut.. ada yang tak sekolah!!


Cerita Korea dah habis dah...

Maka akhirnya tamatlah sudah drama Korea, The Iron Empress, yang Che Mid mabuk meroyan nak tengok tu.. Kisah berdasarkan sejarah ni mengisahkan Maharahi ketiga ketika era Goryeo yang berjuang menentang orang Tungustic dari Manchuria untuk menuntut kembali tanah mereka. Kira-kira tahun 1000 masihi.


Che Mid tangkap gambar ni dari TV.. andestandebel la.. gamba tak jelas.. Tu Maharani Cheun Cu tengah bersedih sangat sebab tak dapat jumpa dengan anak kandungnya yang telah dilarikan dan dibela oleh kaum Jurchen. Walaupun berketurunan raja, tapi anaknya tu hasil hubungan dengan kekasihnya yang belot yang telahpun dibunuhnya sendiri..


Macam Che Mid cakap awal lagi, Che Mid suka sangat pembawaan watak pelakon. Mereka memang pandai memilih pelakon. Gambar atas ni ialah Perdana Menteri yang setia sampai ke tua dalam kerajaan Goryeo.  Ketika diserang Khitan untuk kali kedua, General Kam sendiri memimpin tentera (pahlawan paling teror dah mati ketika perang yang pertama) walaupun dah tua dan berjaya memenangi peperangan tersebut. Dia mati tidak lama selepas Maharaja dan Maharani mangkat.


Ini antara tentera Khitan yang paling kuat. Mata sebelah kiri tu dah buta akibat diserang oleh Maharani. Kononnya dia nak balas dendam la..


Dia cekik leher Maharani tu, dan berjaya jatuhkan dia. Tapi Maharani tu ambik anak panah dan cucuk kat mata dia sebelah lagi.. Pas tu, dia tikam pulak.. matilah orang jahat tu.. Maharani tu memang kuat, semangat dan keberaniannya boleh mengalahkan lelaki.


Dia ni asalnya cuma pengawal istana bekas Maharani lama, tapi berpaling tadah dan ikut berperang bersama-sama Maharani Cheun Cu. Akhirnya dinaikkan pangkat ke dalam kabinet Diraja.


Dua orang pahlawan terakhir yang tumbang ditangan Khitan ketika perang yang pertama.  Lawan punya lawan, tinggal dua orang ni. Kalau lawan dengan pedang memang dua orang ni menang. Las-las, Raja suruh kumpulan pemanah tu panah pulak. Memang dah tau nak mati.. mereka tetap berbangga dan tidak mengalah. Mereka pacakkan pedang dalam sungai dan pegang kuat-kuat pedang tu. Masa matikan.. habeh badan penuh dengan panah, tapi mereka tetap duduk tegak... Wow.. semangat betul orang dulu-dulu bila berperangkan!


Akhirnya, Goryeo aman damai. Maharaja yang baru mengambil sikap berbaik-baik dengan rakyat dan menstabilkan ekonomi dalam negeri. Dia tu memang tak reti berperang sebab dibasarkan di dalam kuil Buddha. Sebab tu dia berhati lembut dan tak suka bermusuh atau menakluk tempat orang. Maharani Cheun Cu pula mangkat pada tahun 1029. Diikuti dengan Maharaja Khitan yang menyerangnya tidak lama kemudian. Perdana Menteri Kam terus memegang jawatan sehingga kematiannya tidak lama selepas itu. Dia dikurniakan darjah kebesaran paling tinggi atas kesetiaannya.


Dah lah tu ya.. Che Mid nak lipat kain... Ha.. doa-doakanlah baby Che Mid nanti tak terkenan macam orang Korea lak.. he he

Demi Sesuap Nasi

Cuba ingat betul-betul gambar ni....


Ini adalah gambar Puan Fitriah dan suaminya ketika HELWA berziarah Ramadhan tempoh hari. Puan Fitriah mengalami patah kaki selepas kemalangan jalan raya manakala suaminya menderita sakit saraf sehingga tidak boleh bergerak. Tapi hari Ahad lepas, Che Mid nampak dia. Tengok ni..



Che Mid nampak dia sedang berjualan rambutan di tepi jalan Pekan Meru, berdepan dengan stesyen minyak Petronas. Che Mid pun singgahlah nak bertanya khabar.



Mula-mula dia tak perasan Che Mid ada di situ, sibuk melayan pelanggan agaknya. Alhamdulillah, nampak macam dah sihat dan tidak bertongkat lagi. Dia kata, dah empat hari dia berniaga buah di situ. Anak sedara dia tolong. Barang-barang pulak dia minta tumpang lori orang. Bekalan buah rambutan tu dia dapatkan dari kampung Budiman. Tapi suaminya masih sakit lagi dan masih tak boleh buat kerja lagi.



Seronok betul Che Mid tengok dia dah sihat dan boleh bekerja semula. Wanita tabah ini ternyata tidak menunggu orang datang tolong ataupun patah semangat tapi terus berusaha untuk memulihkan ekonomi keluarga mengikut kudrat yang ada. Cuma Puan Fitriah ni ralat sedikit kerana dia masih tidak dapat menjaga anak bongsunya yang masih berada di Kedah, di bawah jagaan mertuanya. Harap-harap, dia boleh mengambilnya semula pada Hari Raya Haji nanti. ( Tengok Che Mid tu... mengalahkan wakil rakyat gayanya.... he he )



Eh.. bebudak ni.. orang sibuk berborak, dia orang ni sibuk merasa pulak... Che Mid pun belilah rambutan RM10. Dapat banyak pula tu..

Semoga Allah swt memudahkan segala usaha Puan Fitriah dan memurahkan rezeki beliau sehingga dapat keluar dari belenggu kemiskinan. Amin.

Wednesday, October 21, 2009

Masak apa hari ni??


Dah lama tak makan pucuk pakis merah. Semalam Che Mid beli di pasar malam, dapat yang segar.. fresh from kebun.. Masak apa? Goreng atau tumis je.

Ha, dah siap pun.



Nak masak sotong lagi?  Ya, nak masak kari. Kali ni Che Mid saja-saja nak bubuh kerisik, bagi dia pekat sikit. Bahan-bahan yang lain tu,  sama macam kari biasa.



Dah siap dah.  Che Abang kata sedap, peminat karilah katakan.


Che Mid goreng ikan ni, lupa pulak namanya, yang pasti nama dia bukan timah atau bedah.. Ikan ni jenis yang banyak tulang .. memang kegemaran  Che Mid, tapi susah sikit nak jumpa kat kedai. Che Mid beli di pasar malam juga. Masa nak menyiang tu, kena tarik dulu untuk melembutkan tulang temulangnya. Lepas tu goreng garing-garing. Makan taim nanti, boleh makan dengan tulang-tulang sekali..emm rangup! Ok, makan tengahari dah siap!!



Sebelah petang, tekak ni terasa nak makan pedas pedas la pulak. Jadi Che Mid buat sambal tumis ikan bilis. Lagi sukalah Che Abang makan. Saja Che Mid buat lebih sikit sebab.....



Che Mid boleh bersarapan lempeng cicah sambal tumis pagi ni. Kali ni Che Mid suruh Farah buat lempeng. Dia buat lebih terer dari Che Mid. Tapi lupa bubuh garam pulak anak dara ni. Oleh kerana sambal tumis tu termasin sikit, jadi ngamlah dengan lempeng tawar!! Selera sungguh Che Mid sarapan pagi tadi!!

Monday, October 19, 2009

Rumah Terbuka Masjid pulak..

Hari ni hari Ahad, 18 Okt. Jadual Che Mid sangat padat dengan beberapa jemputan untuk dipenuhi.

Jam 9.30 pagi - Che Mid sekeluarga dah sampai di rumah Che Adek. Ada majlis beraya cum brekfes. Adik beradik lain pun datang jugak. Lupa pulak nak ambik gambar, ada spagheti bolognese, kuih muih dan kuih raya.

10.10 pagi - bergegas ke rumah jiran, Puan Ita, kerana ada kenduri cukur jambul dan rumah terbuka sekali. Kumpulan Che Mid dijemput untuk bermarhaban. Sepatutnya Che Mid hadir ke Mesyuarat Agung Masjid As-Syarif tapi disebabkan Puan Rozi yang sepatutnya mengimami tahlil tidak dapat hadir kerana tidak sihat, maka Che Mid terpaksa mengambil alih.

12.15 tengahari - Tiba di masjid As-Syarif dengan Che Nah. Tak sempat nak hadir mesyuarat tapi kami berdua ditugaskan sebagai AJK Sambutan dan Jamuan rumah terbuka masjid pula.  Orang ramai dah mula membanjiri perkarangan masjid sebelum Zohor lagi.


Tak sangka rupa-rupanya sepupu mak dari KL datang ke Meru hari ni. Wak Long dan Wak Usu jemput mereka datang beraya di masjid terus.



Ada khemah khas yang mempamerkan aktiviti masjid. Yang syoknya, ada gambar-gambar yang Che Mid ambil dulu pun terpampang juga di situ. Sekurang-kurangnya ada juga sumbangan Che Midkan..


Kelihatan abah Che Mid sedang menjamu selera bersama-sama jemaah masjid. Lepas tu dia kata nak pergi jemputan kenduri kawin pulak.



Barisan 'orang kuat' muslimat sedang berbaris menyambut tetamu sambil menjamu selera dengan aiskrim. Memang aiskrim menjadi tarikan utama orang ramai. Bukan saja kanak-kanak, emak bapak dan atuk nenek pun beria-ia makan aiskrim.

 

Ini kumpulan petugas penyediaan makanan. Emak Che Mid di grup inilah. Dia kata, tak berhenti-henti potong buah tembikai.. banyak permintan. Maklumlah, cuaca kebetulan panas menyengat!!



Anak dare sape la ni.. mereka mengedar bungkusan gula-gula  khas untuk kanak-kanak.

 
Dad dengan senyum ramahnya, ke hulu ke hilir memastikan keperluan tetamu mencukupi.



Kumpulan nasyid Omroi tidak ketinggalan membuat persembahan.



Gerai roti canai sibuk menepek roti. Seyum lebar nampak!!





Mi sup pun sedap juga. Che Mid makan panas-panas, dalam cuaca yang panas.. bepoloh den!



Che Mid pun tak pasti .. gerai apa ni.. berkerumun orang hingga tak nampak apa yang dihidang..



Tabung untuk orang susah pun ada, sambil makan silalah menderma..



Eh.. ini Pak Bilal surau Al-Faizin dan keluarganya. La.. siap berkelah di bawah pohonan kelapak!!



Atas longkang pun oklah ya dik!!, janji soru tak miss



Lagi suasana makan-makan yang meriah.. Alhamdulillah, sambutan amat baik.



Ustaz Zawawi mengedarkan tuala 'good morning' kepada petugas. Eh.. bukanke sepatutnya ustaz edarkan tuala 'good afternoon'??



Tuan Nazir, Ustaz Asimoni bersama ajk lain turut bergambar.

Che Mid terpaksa minta diri pada jam 3.00 ptg, tak dapat nak bertugas sampai habih majelih, sebab nak ke tempat lain pulak.

Jam 3.15 petang - tiba di rumah. Sepatutnya Che Abang, Farah dan Faris dan siap untuk ke majlis perkahwinan anak sepupu Che Mid, tapi Ayan minta hantar balik hostel pulak. Tak sampai hati, kami hantarlah dia balik ke Kuala Selangor.

Jam 5.30 petang - Tiba rumah pengantin di Kampung Jawa, Klang.  Tetamu dah tak de, nasib baik makanan ada lagi. Tapai ubi dia sedap sangat. Che Mid jamah le sebungkus.

Jam 6.20 petang - Kami tiba di rumah Alang, rumah terbuka lagi. Emak dan abah mertua Che Mid pun ada. Patutnya ada satu lagi mejelih kawin nak kena pegi, tapi dah lewat sangat. tak dan..

 

Terima kasihlah pada adik-adik yang setia menunggu kami datang walaupun lewat sangat. Nampaknya, open haus rumah alang ni penutup kepada majelih raya 2009. Jadi kita jumpa lagi  open haus taun depan ye wehh..

Maka tamatlah program seharian ni.. Maghrib tu kami bertolak pulang. Sampai rumah hampir jam 8.00 malam. Stenbai untuk tengok cite Korea pulak!! Sedihlah.. hero paling kuat dah mati!!