Suami Che Midkan, kalau memandu jauh-jauh mesti ada stok makanan untuk dikunyah supaya tak mengantuk. Kadang-kadang, dia akan beli siap-siap. Kalau tak pun Che Abang akan berhenti di stesyen minyak atau R&R untuk top-up stok.
Si kecik Deeja kan, sekarang ni galak mengemas barang. Benda dalam kabinet akan dikeluarkan.. dan benda luar kabinet akan dimasukkan. Pernah anak kunci dan pad lock pintu dapur, dia masukkan dalam periuk dan tutup siap-siap. Botol spray air untuk gosok baju, Che mid jumpa di tempat simpan beras..
Eh, ada kaitan ke dua-dua cerita tu...adaaaaa...
Satu hari, sedang Che Mid menyiapkan bekalan jajan che abang yang semalam di beli di Pekan Rabu, Che Mid nampak ada bungkusan asam berwarna hitam yang dah terbuka.. Che Mid fikir biasanya itu baki jajan dari trip sebelum ni... "Abang, ni jajan asam ni nak bawak sekali ke...?" tanya Che Mid. "Bolehlah.." jawab Che Abang - suami yang percaya handred persen pada sang isteri.
Che Mid pun masukkan sekali 3-4 bungkusan kacang, biskut dan asam tu tadi dalam satu beg plastik dan letak dekat dengan gear dalam kereta. Senanglah Che Abang nak buka dan makan dalam perjalanan nanti. Che Abang tu, bila mengunyah nanti, dia tak pandang sangat pun bungkusan tu.. main capai-capai dan raba-raba je.. lepas tu sumbat dalam mulut..
Kira 2 jam selepas Che Abang bertolak, Che Mid dapat panggilan darinya.
"Abang tengah makan kacang ni... bila dah rasa mengantuk .. abang nak makan asam pulaklah..bila gigit je.. hish.. apa ni..dahlah masam yang amat.. pahit pulak tu.." Alamak! Apa benda yang dah aku kasi kat laki tu..
"Ida bagi abang asam keping la..." kata Che Abang sambil ketawa besar..
Baru teringat, si Deeja dah keluarkan paket asam keping dari kabinet dapur. Untuk elakkan dia main lagi, Che Mid letaklah atas kabinet.. tinggi sikit.. Deeja tak dapat capai. Rupanya..ibu yang capai.. siap buat bekal abah..
Rupa sebenar asam keping yang telah memperdaya Che Mid.. sape pun boleh konfiuskan kan kan..!